10 November 2012

Anak Sulong Nyer Perangai

Assalamualaikum,
Arini fiyda nak tulis tentang anak sulungnyer perangai,
Btw fiyda sendiri anak sulung,
so sesape nak kenal fiyda nie leh lah baca nie... hehehe


1) ANAK MANJA EMAK 
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.

..................................................................................
Dalam situasi fiyda lak, fiyda tak rase fiyda manja sgt dengan mak,
mase kecik2x dulu fiyda rapat dengan abah, dah besar baru rapat dengan mak,
tapi mak jadi keutamaan fiyda..



2) ANAK DEGIL

Anak pertama dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yg betul. Dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg betul. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.
.......................................................................
Fiyda setuju part nie sebab fiyda memang DEGIL pun, 
sape pernah rapat dengan fiyda mesti tahu fiyda degil camner.. kuikui



3) TAK PANDAI PUJUK
Memang anak no 1 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia.
................................................................
Siyesly kalau fiyda memang cam nie,
tak pandai sgt bab pujuk memujuk nie,
so tak yah nak majuk sgtlah er,
tapi kalau fiyda majok wajib ler kome pujuk.. 



4) BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban.
....................................................................
Hurmmm, inilah fiyda sebab tu selalu kecewa kot... huhu
fiyda jenis lau dah sayang orang xpndai nak syg ckit2x, 
then bila fiyda dah kapel dengan someone,
memang fiyda tak layan orang lain dah... 



5) HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.
 Degil tak boleh toleransi.
.................................................................
wink, betol sgt2x..
kekadang mengalah jgak, tapi jaranglah..



6) HATI
Anak no 1 ni juga nampak aje keras, tp hati dia lembut. 
Satu lagi perangai dia tak boleh ditegur.
....................................................................
Sapelah yang tulis semua nie, memang betul sgtlah,
inilah diri fiyda sebenar, nampak keras, degil tapi hati fiyda lembut sgt..



7) BERDIKARI
Very independent. Memang betul. Tp kalau terlebih independent pun payah.
 Mudah bergaul. Very take care.
.........................................................................................
Fiyda sgt berdikari, lebih2x lagi sejak berjauhan dengan family 3 tahun dulu,
Pergi mana-mana mesti sendiri jea,
sebab tulah bangi nie dah jadi cam kg fiyda, 
semua ceruk jln fiyda tau..
fiyda memang mudah bergaul dengan semua lapisan masyarakat,
very take care, walaupun fiyda kawan dengan laki,
tapi fiyda tak keluar dengan sebarangan org.. huhu

8) ARAHAN
Anak no 1 ni juga dia payah nk terima arahan.
 Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.
.......................................................
Erk, yang nie x berapa nak sure sgt,
mgkin kot tapi entahlah... huhu



9) PEMAAF & CARING
Tidak dinafikan anak no 1 ni pun pemaaf dan caring. 
Tapi awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham je lah.
........................................................................................
Mak pun cakap fiyda nie jenis pemaaf, baik sgt,
sakit cam ner orang buat fiyda, fiyda selalu maafkan,
Tapi maaf tak semestinya fiyda lupe apa yg die buat.. huhu
Fiyda caring dengan orang yang fiyda sayang jea,
kalau fiyda caring dengan korang tu maksudnya i love u.. hehehe
Fiyda jarang marah tapi kalau dah marah, hurmmm nasiblah.. hahaha


10) PAKAIAN
Nak semua up to date. Semua nak kemas.
...................................................................
Memang tak dinafikan, huhuhu


Actually semua nie fiyda copy sumber yang tak tahu sape, huhu
saje jea suka2x,
mungkin bukan semua anak sulong cam nie
tapi nielah fiyda,
kalau nak tahu fiyda cam ner,
tengok kajian dr. fazilah kamsah tentang bulan kelahiran,
fiyda lahir mei, hampir semua betul...
huhuhu

Selamt berhujung minggu..

1 comment:

MéuzAngelo™ XXIII said...

1, 2, 10 takde kat saya. saya anak sulung jugak.. hehe :p
[link blog saya kat sini]