01 December 2013

Pengalaman Benar - Benar Mengajar

Assalamualaikum,

Hai semua,
semoga sentiasa sihat hendaknya,

Sejak akhir-akhir nie makin ramai teman2x dah mulakan langkah 
ke kehidupan baru, ade yg bertunang ade yg dah kawen,
uwaaa, untunglah.. tumpang gembira :)

Fiyda??
macam nie lah, masih begini..
semua asyik tanya bila? bila? dan bila?
tapi sebelum muncul soalan bila?
mestilah soklan siapa? siapa & siapa?
hahahaha, kalau xde calon cam no nak plih tarikh oii..
adoiyai... xper bgi kawan-kawan dulu..
kite last2x pun xper.. (ayat sedapkan hati) hahaha

Sape tak nak kawen ooi, 
fiyda pun nak kawen cam org lain jgak,
tapi buat masa skrg banyak yg nak kena fikir,
mungkin sebab tulah seru tu tak sampai lagi...
Allah lebih tahu mana yg baik tuk kita kan..

Pengalaman bercinta sebelum nie
banyak mengajar fiyda tentang hakikat kehidupan nie,
3x bercinta dan dua darinya sangat fiyda sayang,
dan harap mereka adalah jodoh fiyda,
Tapi kesudahannya kecudang ditengah jalan,
tapi xde penyesallan sebab semuanya bersebab..
Semoga mereka yang pernah hadir dalam hidup fiyda bahgia
dengan kehidupan mereka sekarg,
Tiada dendam dihati ini, sebab fiyda percaya semuanya ketentuan Allah..

Sekarang even fiyda ade suka kan sesorang,
tapi fiyda lebih pilih tuk pendamkan perasaan tu sendiri,
Kenapa?? 
banyak sebab kenapa fiyda pilih untuk pendamkan rasa tu,
salah satunya sebab dia kawan, kawan yg baik
fiyda tak nak hilang kawan lagi macam sebelum nie..
Fiyda dah lme ske die dan die pernah hilang, fiyda xnk die hilg lagi.. huhu
dan fiyda terfikir apakah die pun rase ape yg fiyda rase?
Then klau die rase ape yg fiyda rase, apakah die jodoh fiyda?
Belum tentu lagikan.. so biarlah ianya kekal sebagai kawan..
Fiyda hepy bila die selalu ade tuk fiyda,
tu dah cukup dah.. 
Fiyda percaya Allah lebih tahu mana yg baik tuk fiyda,
mungkin dia mungkin org lainn.. :)


Fiyda masih berpegang pada kata2x fiyda sebelum nie,
Kalau lepas nie fiyda bercinta lagi,
biarlah ianya selepas ikatan yg sah,
Insyallah.

Doakan fiyda yea kawan2x,
Semoga anda semua pun bahagia sentiasa,
Amin.

Wasalam.
xoxo


03 November 2013

Di Saat Hatiku DiSentuh

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Okay nie posting ke-3 malam nie,
 Malam nie fiyda tergerak nak bercerita
satu pengalaman yang benar2x terjadi pada fiyda,
Fiyda tak pernah cerita kat sape2x lagi,
Nie baru first time nak citer,

Alkisah seperti yang semua tahu sekarang musim hujan,
Pagi hujan tengahri hujan, petang hujan, malam pun hujan.,
Suatu pagi baru-baru nie,
Bangun tido fiyda tersedar hujan sangat lebat,
Hujan tanpa ade tanda nak berhenti berlarutan sampailah pkul 8 pagi,

Untuk makluman kekawan yang tak tahu,
fiyda ulang alik dari umah sewa ke tempat keje naik motor jea,
dengan hujan sebegitu lebat agak mustahil untuk fiyda pergi kerja,
pagi tu hati fiyda tergerak untuk solat dhuha 2 rakaat,
Selesai solat hujan masih lebat,
Then fiyda pergi siap2x pakai tudung,
di saat fiyda pakai tudung lantas fiyda doa dalam hati,
"Ya Allah, hentikanlah hujan seketika, hambamu ingin keluar mencari rezeki yang halal"
Setelah itu aku keluar,
SubhanaAllah segala puji bagi Allah,
Hujan sudah berhenti.. Mentari yang pada mula entah kemana
menyorok dah keluar menerangi bumi..

Pagi tu sepanjang jalan,
Aku menangis, hati aku benar2x tersentuh..
Aku malu dengan Penciptaku, Terlalu kecil diri ini,
Terlalu banyak dosa ku tapi dia masih mendengar doaku,
Subhanallah, Alhamdulillah..
Mungkin ada yang cakap itu hanya kebetulan tapi bagi aku itu adalah satu keajaiban
dari kuasa Allah.
............................................................................
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina - Surah AlMu'min (ayat 60)

..............................................................

Berdoalah, Sesungguhnya Allah itu maha mendengar

Alhamdulillah..

Surat terakhir B.J.Habibie untuk Ainun Habibie

Hai posting ke-2 malam nie,
just nak kongsi satu puisi yang fiyda amik dari wall lecture fiyda,
Puisi yang sangat nice,
Dari suami yang baru kehilangan isteri

....................................................

Sebenarnya ini bukan tentang kematianmu, bukan itu.
Karena, aku tahu bahwa semua yang ada pasti menjadi tiada pada akhirnya,dan kematian adalah sesuatu yang pasti,
dan kali ini adalah giliranmu untuk pergi, 
aku sangat tahu itu.

Tapi yang membuatku tersentak sedemikian hebat,
adalah kenyataan bahwa kematian benar-benar dapat memutuskan kebahagiaan dalam diri seseorang,
sekejap saja, lalu rasanya mampu membuatku menjadi nelangsa setengah mati,
hatiku seperti tak di tempatnya,
dan tubuhku serasa kosong melompong, hilang isi.

Kau tahu sayang,
rasanya seperti angin yang tiba-tiba hilang berganti kemarau gersang.

Pada airmata yang jatuh kali ini, 
aku selipkan salam perpisahan panjang,
pada kesetiaan yang telah kau ukir, 
pada kenangan pahit manis selama kau ada,
aku bukan hendak mengeluh, tapi rasanya terlalu sebentar kau disini.

Mereka mengira aku lah kekasih yang baik bagimu sayang,
tanpa mereka sadari, bahwa kaulah yang menjadikan aku kekasih yang baik.
mana mungkin aku setia padahal memang kecenderunganku adalah mendua,
tapi kau ajarkan aku kesetiaan, sehingga aku setia,
kau ajarkan aku arti cinta, sehingga aku mampu mencintaimu seperti ini.

Selamat jalan,

Kau dari-Nya, dan kembali pada-Nya,
kau dulu tiada untukku, dan sekarang kembali tiada.

selamat jalan sayang,

cahaya mataku, penyejuk jiwaku,

selamat jalan, calon bidadari surgaku ….

....................................................................

Moga  Allah kurniakan fiyda suami sebegini,
Suami untuk dunia dan akhirat,
Yea, doa, doa dan jangan berhenti berdoa,
Sesungguhnya Allah itu maha mendengar.
 Amin.

XOXO

Mak Manusia Paling Memahami

Assalamualaikum,

Hari nie tarikh 3rd November 2013

Bufday My bos,
Ms Ivy Ong,
Happy Birthday to boss yang tersayanggg..

Arsenal Menang Lawan Liverpool.
Actually sebelum Fida tahu menang pagi tadi, Fida dah mimpi
Arsenal menang, then tak sangka mimpi tu jadi realiti..
Maaf ye En. Liverpool team saya menang... hahahaha
Tulah saya dah cakap jangan yakin sangat.. hehehe
If you know who i mean.. :p

Then sekarang tengah berlansung Bola Final
Pahang Vs Kelate,
Fida sokong mna?? Fiyda sokong pengadil.. hahaha
Dua2x team fiyda tak sokong? 
sebab fiyda confident bapak mertua&mak mertua bukan dari dua negeri nie.. hahaha

Semalam fiyda kol mak,
Macam biase bila kol mak mesti banyak story mory yg di share dgn mak,
Fiyda citer kat mak yg member sekolah sorang lagi dah bertunang,
Di pendekkan citer mak cakap :
" Kita kena bersedia, bila dah bersedia insyaAllah jodoh tu akan datang"
Fiyda terkesima jap, walaupun fiyda xnah citer
soal hati dengan mak tapi mak sgt memahi,
Yang anak die nie masih belum bersedia,
Dan yang Pling penting fiyda takut tersilap langkah lagi...

Dah lah malas nak citer soal hati,
Bye, wasalam

XOXO



14 October 2013

AidilAdha Lebih Besar dari AidilFitri

Assalamualikum semua,

Lama tak conteng-conteng kat sini,
sejak kerja dekat company baru,fiyda busy sgt2x, weekend memang betol2x rehat..

Hari nie fiyda cuti,cuti panjang cikit sampai khamis nie,
so ade banyak ckit mase terluang.. hehe
Actually before nie fiyda dah banyak delete post2x kat blog nie,
Saje malas nak ingat semua kisah lama. lagipun fiydakan dah lame move on.
So xde sebab nak simpan semua kisah2x tukan... :)

Ok, sempena hari raya aidil Adha esok,
fiyda nak lah kongsi sedikit tentang perayaan Aidil adha dan ape bezanya dengan Hari raya Aidil fitri.

---------------------------------------------------------------------------------------------

"Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan terbesar dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha pula disambut pada hari ke-10,11,12 dan 13bulan zulhijjah setiap tahun. Ini sudah menunjukkan perayaan aidiladha lebih besar kerana pada hari raya aidilfitri kita hanya diharamkan berpusa pada 1 syawal tapi pada perayaan Aidiladha kita diharamkan puase pada empat hari. Selain diharamkan berpuase kita juga disunatkan bertakbir setiap kali selepas solat bermula subuh 9 zulhijjah hinggalah selepas Asar 13 Zulhijjah manakala pada Aidilfitri kita hanya bertakbir bermula selepas Maghrib  pada hari terahir ramadhan sehinggalah selesai solat hari raya pada keesokkan harinya.

Hari Raya adalah istimewa kerana hari untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah S.W.TKesabaran anaknya Nabi Ismail dalam menurut perintah Allah S.W.T

Manakala perayaan Aidilfitri yang juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari raya Fitrah dan Hari lebaran pula merupakan perayaan yang  dirayakan sempena meraikan sebulan berpuasa dibulan Ramadhan.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oklah semua, Pada yang berpuasa arini sempena Hri Arafah, selmat berpuase dan semoga ibdat kita diterima dan diredhai Allah.

Esok jangan lupa p masjid solat raya tau.. :)
Pada yang korban selamat berkorban, pda yang tak korban selamat makan daging,
No diet2x ok..Oklah bye semua.

Salam Aidiladha. Wasalam

XOXO


08 July 2013

Hidup nie adalah pilihan......

Assalamualaikum...

Esok last makan siang,
sila makan banyak2x yea,
lusa jangan buat2x termakan, terminum lak yea... hehe
Selamat berpose semua,
Selamat beribadat...

Malam nie, fiyda nak merepek sikit yea...
Nak cite sal "pilihan"
Dalam hidup nie kita sentiasa diberi peluang untuk membuat pilihan,
Cuba penjamkan mata dan fikir,
siapa kita hari nie dan mengapa kita begini hari nie..
Semua yang kita ada hari ni adalah pilihan kita di masa lampau,
Jika kita baik itu pilihan kita,
Jika kita jahat itu juga plihan kita,
Jadilah manusia yang sentiasa memilih yang terbaik 
untuk kehidupan didunia dan akhirat..

Adoiyai ape fiyda merepek nie,
sampai ke ape yg fiyda nak ckap kat korang erk... huhu
hurmmm....

Arini, officially fiyda resign dari company yang fiyda keje skrg,
Tapi sungguh tidak disangka my bos,
ehem2x, yg ensem tu mintak fiyda stay,
then offer fiyda gaji yang lagi tinggi..
Oh tuhan, inilah yang fiyda cakap dalam hidup kita perlu membuat plihan,
offer bos buat fiyda termenung dan berfikir seketika,
Untuk masa ini fiyda keje untuk ape?
Yes mmg untuk duit, tapi adkah semata2x untuk duit??

Actually, bagi fiyda duit bukan segalanya..
Setelah fikir, fikir dan fikir,
finally fiyda buat keputusan,
fiyda tolak tawaran bos fiyda dan terima offer dari company baru,
Fiyda tahu fiyda actually amik risiko yang agak besar,
sebab fiyda tak tahu lagi suasana keje tempat baru mcamna,
gaji tempat baru pun fiyda x tahu bape,
sedangkan company fiyda sekrang bos baik, staf lain semua baik,
gaji pun alhamdulillah, oklah..
Tapi fiyda tawakal pada Allah, mudahan fiyda tak buat pilihan yg slah.
aminnn...

Tapi siyesly fiyda akan rindu company fiyda sekarang,
sebab diorang sgt baik..
terngiang2x macamna diorang pujuk fiyda tuk stay dgn diorang tadi,
last diorang cakap, xperlah pergila cari pengalaman,
mgkin jika jodoh fiyda pnjang dgn company diorang,
diorang akan panggil fiyda balik keje dgn diorang untuk position
yang lagi senior lak.. mudahan Amin.
Siyesly terase diri dihargai sgt sepnjg bekerja dgn diorg,
Kami berlainan agama, berlainan warna kulit
tapi kami amat serasi bersama... ^_^

To Ms Jasmine, Mr Chai, Ms Chai & Ms Soo
Thanks for everything..

::XOXO::



07 July 2013

Lelaki macam mana??

Assalamulaikum,

ooohooo, sya sgt nerves memikirkn ari esok, huhu
cam no nak gitau bos nk resign,
adoiyai bos fiyda tu tersangatlah baik,
tu yg rase cam tak smpai hati nak resign... huhu
tapi takkan nak lepas peluang yg ternyata lebih baik... huhuhu

Ya Allah, permudahkanlah hari esok.. Amin.

Sejak akhir2x nie kan,
fiyda selalu dpat soklan 
"fiyda nak lelaki/suami yang macamana?"

Soklan nie jika ditanya suatu ketika dulu,
senang jea fiyda leh jawab,
saya nak lelaki yg begini, begini, begini dan begini..
tapi sekarang bila diaju seolan ni,
fiyda kelu, fiyda akn terdiam dan berfikir pnjang..
lelaki yang macamna aku nak tuk jadi suami aku???

Berhari2x fiyda fikir,
actually fiyda nie manusia yg ske berfikir lama.. hehehe
Setelah fikir punyer fikir fiyda akhirnya dapat jawapan..

Sejak fiyda nekad untuk serahkan soal jodoh pada Takdir Allah,
sejak itulah juga fiyda tiada ciri lelaki yg mcamna yg fiyda nak..
fiyda tawakal dan serah 100% pada Allah...

Ensem ke buruk ke,
Kaya ke miskin ke,
kurus ke gemuk ke,
baik ke jahat ke,
tua ke muda ke
bujang ke duda ke,

Fiyda percaya Allah lebih tahu ape yg terbaik 
untuk kehidupan didunia dan diakhirat fiyda..
Lagipun fiyda sedar diri fiyda, family fiyda macamna.. huhu

Bila fiyda nekad nak serahkan jodoh pada Allah,
bukan sebab fiyda kecewa atau serik nak bercinta
tetapi fiyda serik dan rase buang masa untuk bercinta dengan orang yang
belum tentu akan jadi jodoh fiyda.. huhu
fiyda tenang dengan kehidupan sekarang,
kehidupan mencari jalan untuk lebih dekat dengan Allah s.w.t..

xoxox

06 July 2013

Alhamdulillah, Kerja baru lagi...

Assalamualaikum...

lama tak merepek kat sini,
tetibe malam nie rindu nak merepek kat sini.. hehehe
tapi, uwaaa tak tahu nak merepek ape, 
tetibe xde idea lak... huhu

Oklah, just wanna share,
fiyda dapat keje baru lagi... hehehe
baru sebulan keje dah dapat keje lagi,
memula ingat nak stay lama kat tempat keje sekarang,
Yealah company sekarang pun memang dah ok sgt dah,
fiyda plan atkeast nak keje kat company skrg tuk minimum 2 tahun,

Tapi... i got a better offer from another company..
Alhamdulillah, Rezeki dari Allah...
Kita sebagai hamba Nya hanya mampu merancang,
Tapi Dia jualah yang menentukannya...

Hari nie fiyda rase teramat2x bersyukur,
Sejak dari kecik sampai sekarang hidup fiyda sentiasa diduga,
Dugaan pada family, dugaan dlm bcinta, dalam bersahabat.
Dalam bentuk duit, dalam bentuk keje dan mcam2x lagi...
Tapi dugaan demi dugaan ini membuat fiyda mnjadi manusia 
yang lebih kuat, lebih matang dan lebih cekal..
Syukur Alhamdulillah...

Allah selalu duga fiyda tapi Dia selalu murahkan rezeki fiyda,
Dikala kekawan lain susah nak dpat kerja tapi fiyda mudah jea dpat,
kerja yang baru dpat nie, fiyda xdelah harap sgt sebab
ramai yng diorg paggil interview, siap de ujian subjektif dan objektif lgi,
tambah lak company nie company besar,
Tapi alih2x fiyda dapat, Syukur tak terkata rasenya..
Semoga ini satu permulaan baru lgi, Amin.

XOXO

02 June 2013

Sebenarnya Dia Crush Saya (SDCS)

Assalamualaikum
Hai Everyone,

Hepy Sunday yea, esok dah monday .. Hehe
Nervesnya, esok Fiyda lapor diri kat tempat keje baru,
Ofis baru, bos baru, ofismate baru dan lagi ramai.
Hope Evrything ok.. Amin

You olls,
Hari nie Mr Crush fiyda dah kahwen,
Sedih, Sob Sob Sob,
Tulah sape suh lambat sangat bertindak, kan dah melepas.. huhu
Dah xde jodoh nak wat cam ner kan...

Nielah Mr Crush fiyda, Izzue Islam, comelkan.. hehehe


Btw Tahniah, Firas a.k.a Acad dalam Saya Sebenarnya Isteri Dia (SSID)
Semoga Berkekalan selamanya,
Jadi suami yang bertanggungjawab tau..
Moga dapat cepat2x dpat baby yg comel2x dan sihat.. amin

.
Amboi bukan main seronok erk, i sedih nie tau.. hehe

.
Sweet jea.. :)

.
Tahniah for both of you..

Hampir terlupa plak,
Hepy bufday yang ke 24 Mr Crush,
Sengaja tau Kawen time bufday.. hehe
Kalau nak pasang dua carilah i tau.. (hahha gurau jea)

Dah2x, gedik sagat aih... heheh
Tutup citer Mr Crush,
Sekarang nak cakap Congrate Fauziah Gous,
Selamat Bertunang dan semoga kekal ke jinjang pelamin, In Sha Allah

Cantik Sangat2x.. kalau cantik cam nie kan best.. :)

Encik Tunangnya pun ensem...

Comel jea diorang nie... Jelezzz.. hehe


Oklah, duk share gambar orang tunang & kawen jea,
Diri Sendiri Gak tak kawen2x lagi,
Cam No nak kawen Calon pun x dak oiii...
Jodoh Pertemuan tu kan Allah yang tentukan,
So Sabar dan Doalah yang terbaik...

Bye Semua..
Wasalam

XOXOXO

01 June 2013

I'm in Love.... lalala

Hai semua,
Assalamualaikum,
Salam 01 June 3013,

Happy Bufday Buat duli Yang maha mulia di Pertuan Agong,


Berbalik pada pokok cerita fiyda arini,
Actuallly, i wanna share....

I'm in Love... wink2x

Dengan sape??


ooopss, sorry bukan dengan orang tapi dengan lagu.. hehe
Lagu nie hah :

Lirik Lagu Cuba Teka - Tasha Manshahar

Matamu lembut bagai bayu
Juga awan biru di langitku
Senyum mu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi

Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?

Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Seluruh hidupku..

Matamu redup bagai bayu
Juga awak biru di langitku
Senyummu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi

Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?

Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Cuba cuba
Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?
Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Seluruh hidupku..

Caramu mempersona kalbu
Sesungguhnya aku tahu kamu terbaik untuk diriku

nice jea lrirk lagu  kan...

XOXOXO

31 May 2013

Alkisah May yang penuh dengan suka & duka

Assalamualaikum,
Hari ni 31 May 2013,
Hari paling sesuai untuk fiyda ceritakan semua suka duka
fiyda selama sebulan nie..

1 May 2013
Hari buruh pertama buat fiyda dan kekawan yg dah bekerja sejak konvo tahun lepas.


Dek kerana cuti, 
fiyda pun kerahlah bestfrens fiyda teman fiyda p..


Ramai giler orang, nak jalan pun susah..
rak buku bnyak yg dah kosong tapi cepat2x diorg topup blik.
Pesta buku kali nie berjaya mengumpulkan semua Koleksi RAM fiyda,
ooo yeah, i'm so hepy..

5 May 2013

Seperti yg semua org sedia maklum 5 May aritu adalah PRU13,
Buat fiyda, ini adlah kali pertama mengundi,
excitednya tok sah citerlah,
pepagi lagi dah keluar mengundi..
Alhamdulillah, calon N.21 fiyda menang..

7 May 2013


Hepy bufday to me, hehehe
Tangga 7 May sekali lagi fiyda dapat wish yang begitu bnyak dari kekawan,
Terima kasih kekawan semua yang wish dan doakan untuk fiyda,
Alhamdulillah untuk usia yang baru ini,
Fiyda harap fiyda akan terus dekat dengan pencipta fiyda
untuk kehidupan yang lebih baik,
Insyallah.

Pada tanggal 7 May 2013 jgak,
Fiyda dapat interbiu SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir,
Alhamdulillah, hadiah yg sgt bermakna buat diri ni..

10 May 2013
Pada taggal 10 May 2013 yang bersamaan dengan 1 Rejab 1434,
Hari yang paling menyedihkan fiyda,
Pada hari nie selepas Asar,
fiyda kehilangan orang yang memainkan peranan penting dalam hidup fiyda,
Dialah manusia yang mengajar fiyda mengaji kalam2x Allah,
Dialah guru mengaji fiyda dan die juga tok sedara fiyda,
Saat fiyda jari fiyda menaip entri ini, hati fiyda terasa sgt pilu,
Teringat pesan beliau yang mahu semua anak muridnya selalu 
baca quran dan sedekah yasin untuk beliau dan tak tinggal solat,
Insyaallah, fiyda takkan lupa pesan beliau.
Al-fatihah..

13 May 2013
Fiyda tak sure sgt betul x tarikh nie,
tapi dalam likungan nie fiyda dapat tahu bos fiyda,
duk cakap macam2x sal fiyda,
sungguh tak profesional lansung sebab die ckap depan staff lain,
kalau betul die tak suke ckaplah kat fiyda sendiri
bukan ckap belakang cam tu, diekan boss..
ayooo, nie mcam org pun ade..
start dari saat tu mmg fiyda sakit hati giler,
dan nekad cari keje lain..

14-19 MAY 2013
Sekali lagi fiyda balik kg, nie kali kedua fiyda blik untuk bulan May,
Sampai je kg, fiyda terase sgt kehilangan,
sejak blan 2 fiyda balik jenguk tokki ,
sampai jea kg mesti fiyda p jenguk die dulu,
tapi balik kali nie... hurmmm.. die dah xde..
Balik kali nie, fiyda just pergi tolong masak2x untuk tahlil arwah.
Dalam duka ada suka, suka sebab berkumpul dengan semua sedra mara,
Sama2x tahlil, sma2x baca yassin,
Alhamdulillah, tiap2x malam ramai sgt org dtg tahlil arwah, 
Ini menunjukkan arwah memang org baik..
Al-fatihah..

Dalam sibuk balik tolong sedara-mara,
fiyda sebenarnya balik untuk interview SPA yg dpat 7 mei tu,
Alhamdulillah, semua ok,
Harap adalah rezeki tuk fiyda.
29 Julai baru tahu result.
Doakan fiyda erk..

21 MAY 2013
Tanggal 21 May  bersamaan hari Selasa,
fiyda dapat dan pergi interview di compsny V.A.B Industri Sdn Bhd,
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar,
Cerah peluang untuk berenti,
Just tunggu kol jea..

Petang selasa, fiyda jumpa sorang mak cik nie,
memang fiyda kenallah die,
Tapi sungguh tak sangka tetibe die mintak no fon fiyda,
then siap tanya sudi tak jdi menantu die,
Tergaman fiyda. hahaha

24 May 2013

Cuti  Wesak day, fiyda merayap p TS sesorang 
semata-mata untuk tengok FAST & FURIOUS 6.
Syok giler cite tue, i loike.. hehehe

25 May 2013
 Fiyda dapat tahu musuh fiyda di ambang kejatuhan,
tak tahu nak ckap hepy ke apem
tapi tetibe rase puas,
sebab diorang sgt jahat dengan fiyda,
fiyda tak suka nak bermusuh dengan orang tapi diorang yang tak habis kacau fiyda dulu,
macam2x tuduhan dan fitnah diorg ckap sal fiyda,
padahal semua tu x betol pun.

Mak pernah pesan jangan buat orang nangis, nanti kita akan nangis jgak.
Ingat bumi tu bulat macam roda, sekrang kita kat ats,
jangan ingat kita takkan duk bawah,
macam lirik satu lagu tu "what goes around comes around"
Then, tahu kenape fiyda diam bila orang ckap sal fiyda walaupun fiyda tahu fiyda betol,
sebab fiyda percaya Allah, biar Allah yang balas ape yg diorang ckap dan buat.

27 May 2013
Bufday my frens tapi my lucky day.. hehehe
pepagi lagi fiyda dah dpat kol,
Alhamdulillah, syukur interview 21  May aritu success,
I got the job, rase seronok giler..

Then after Lunch dpat kol lagi,
Dari cool station, fiyda memang suke p beli air kat cool station
tapi tak sangka fiyda menang ... SAMSUNG S3 MINI,

Alhamdulillah, rezeki.. :)

31 May 2013
Last but not least,
hari terakhir bulan May,
Done resign, lepas nie nak p bercuti jangan cari fiyda lagi yea,
Resign tanpa notis, heaven jea..
lepas nie, no more working on saturday,
ehem2x leh lah cari bf dating ari sabtu.. hahaha 
Lega sangat rasenyer, sekarang fiyda kat ofis lgi,
Datang hantar semua harta company, then update blog.. 
Yes yezzza, I.m so hepy today!

Doakan tempat kerja baru fiyda nanti oklah,
Hope bos pun baik dan ensem.. hehehe

Oklah, sampai sini jea cerpen fiyda arini,
Tq pada yang baca,
Bye, wasalam

XOXOXO

25 May 2013

Fast & Furious 6 Best Giler!

Hai semua,
Assalamualaikum..

Hari nie fiyda nak kongsi cite ckit,
Semalam fiyda buat keje giler,
P Keluar merayap p Times Square sesorang,
Semata-mata nak tengok fast & furious 6... hehehe
Alang-alang tu shoppinglah ckit2x,
Lama giler tak shopping, sekali shopping rase syok giler..

Siyesly memang tak menyesal tengok,
walaupun tengok sorang tapi tak rase cam tgok sorang pun,
semua tengok cite tu cam tgok bola,
kecoh giler... hahaha

 

kisah bermula bila pak cik polis p cari pak cik Dom...



Someone dalam reramai nie mengingatkan fiyda pada someone,
hahaha, lucu lak rasenya,
abaikan jelah..

Untuk Fast & Furious nie fiyda bagi 5/5 Bintang, 
So korang cepat pergi serbu pawagam yea... hehehe

Next Movie fiyda nak tengok citer si ensem ni :


Ade ke yg tak kenal si badan ketak2x..

alolo sweetnyer die cenyum,

eh luper lak nak gtau citernye, ni hah citernyer :


20 June 2013

Then citer hero kesukaan ramai nie,


18 July 2013, bulan pose u ols..
Red 2, pasti best macam Red 1 dulu..

Bruce Willies belakon harus lah best,
Tua bukan sebarang tua tau.. hehehe


Oklah korang, chow dulu
Bye, wasalam

XOXOXO

23 May 2013

Koleksi RAM Kesayangan saya ^^

Assalamualaikum,

Harini fiyda just nak share 
Koleksi novel RAM fiyda yang dah complete,
Semua dah cukup 21 buah,
Untuk cukupkan nie fiyda amik mase almost 4 years tau,


Alhamdulillah, pesta aritu fiyda berjaya completekan..
Sekarang nak cari novel RAM yang lama lak,
"AP, IM & Pei Pan'


Seronok tengok semua novel nie,
Bila org mintak nak pinjam, boleh tapi... hehehe
tak nak bagi tie org ckap tahi hidung masin lak, haish.. hahaha


Sekarang fiyda tak sabar tunggu novel baru abg RAM,
"MAGIS"
Gabungan Hero dari novel2x kat Atas nie,
Laksamana Sunan, Tombiruo, Carlos, Ryu Watanabe & Mikhail..
Tertanya2x macamnalah agaknye Abg Ram olah cite nie,
Sama mcam novel yang sebelum nie ke, cerite dalam cite,
atau mungkin menggunakan konsep relung masa.
Hmmm.. Tak sabarnyer, hope Abg RAM tak mengecewakanlah.. hehehe

Oklah, xleh lelama sgt kat sini,
Oklah, Bye semua..

XOXOXO


20 April 2013

JOM BALIK MENGUNDI PRU 13

Assalamualaikum,

Hari nie, Fb meriah kisah penamaan calon,
Buat fiyda makin tak sabar nak balik mengundi,
almaklumlah kali pertamalah katakan,
tiket bas dari hari pertama istihar bubar lagi dah beli..

Bagi Fiydalah,
Tak yah lah nak pung pang kat sana sini,
kutuk parti tu kutuk parti ni,
Cari salah parti tu cari salah parti nie,
Tapi last2x hampeh..
Katanya lebih baik pergi makan daging saudara sendiri,
daripada duk fitnah org.
Tapi diri sendiri tak sedar fitnah org..
Thats whylah fiyda lagi suka berdiam diri,
just tengok jea gelagat manusia2x yg taksub nie,
Hey, kita ada mata, kita ada otak, kita boleh nilaikan.
So kalau tak puas hati tak suka,
Jangan luper pergi UNDI 5 Mei nanti...
itulah kaedah yang sebenarnya..

Ok hari nie, fiyda nak kongsi cam ner kaedah mengundi,
For sure kat luar sana ramai yang baru nak mengundi cam fiyda kan..






HAK ANDA!
SUARA ANDA!
PILIHAN ANDA!

Ini hak anda sebagai Rakyat Malaysia,
Inilah masanya untuk tunjukkan suara & keinginan anda,
Bukan dengan pergi berdemo ke sana ke sini,
Selamat tunaikan Tanggaungjawab anda.

Fiyda undi teet!!!
Undi Adalah rahsia, wink3x

XOXO

18 April 2013

Anak Tomok Yang sangat3x Omel..

Assalamualaikum,
Hai i'm here agaain,
2nd time for today, heheheh

Entri nie tuk orang-orang comel, 
sape rase die comel jea leh baca entri nie... hehehe
ada ke org tak comel, semua comel okey...

Arini fiyda nak cite dan share video dari keek tomok.
Siyesly, fiyda suka sangat tengok Arian nie,
Comel sangat, mata bulat, tambah lak pandai buat muka..

Moh layan Video kat bawah nie :






 Omelkan, Arian nie.. <3

Ibu dengan ayahnya cantik & ensem,
haruslah anaknya comel..
Kalau nak anak comel cari lah pasangan yg ensem/comel jgak.. hehehe
Tapi ade ape pada rupa,
Hati yang baik itu lagi penting...

Korang2x, setuju tak fiyda cakap diorang nie seiras :

  
Tomok & Max Changmin (mybf)

Fiyda suka sgt max, die ensem.
Wlpun kawan fiyda ckap jambu, ah x kisahlah.
Korea semua jambulah.. kikiki

Oklah, udahlah ngarut..
Bye semua, jumpa lagi..

::XOXO::


GWIYOMI Yang Tersangat Comel!!

Assalamualaikum,
Hai semua., hope you ols semua hepy mcam fiyda..

Arini, fiyda nak share fenomena baru dekat FB sejak semalam,
"Gwiyomi"

Gwiyomi = Comel.
Orang yang buatnyer pun memang comel sangat!
Dan yang buatkan die makin comel,
Coz Die buat tu suami dia..
Hurmmmm, untunglah dah de suami.. (jelezz)


Bestkan lau comel cam nie... hehehe

Psssstt : Resah di hati hanya tuhan yang tahu!

XOXO

17 April 2013

PRU13: Senarai Calon BN Terengganu

Assalamualaikum,,

hai semua,
 Firstly nie, nie bukan blog politik,
Tapi arini fiyda nak kongsi calon-calon YB Terengganu,
Kenape Terengganu?? jangan ditanya, fiydakan org Terengganu,
Mestilah Share yang Negeri Terengganu..
.............................................................................................
Berikut senarai penuh calon BN di Terengganu:


P.33 Besut - Datuk Seri Idris Jusoh

N.1 Kuala Besut - Dr. A Rahman Mokhtar

N2. Kota Putera - Mohd Mahdi Musa (muka baharu)

N3.Jertih - Mohd Pehimi Yusof

N.4 Hulu Besut - Nawi Mohamad



P.34 Setiu - Che Mohamad Zulkifly Jusoh (muka baharu)

N.5 Jabi - Iskandar Jaafar (muka baharu)

N.6 Permaisuri - Datuk Mohd Jidin Shafiee

N.7 Langkap - Sabri Mohd Noor (muka baharu)

N.8 Batu Rakit - Bazlan Abdul Rahman (muka baharu)



P.35 Kuala Nerus - Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri

N.9 Tepuh - Muhammad Ramli Nuh

N.10 Teluk Pasu - Datuk Abdul Rahin Mohd Said

N.11 Seberang Takir - Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman

N.12. Bukit Tunggal - Ismail Nik (muka baharu)



P.36 Kuala Terengganu - Mohd. Zubir Embong (muka baharu)

N.13 Wakaf Mempelam - Wan Mahyuddin Wan Ngah (muka baharu)

N.14 Bandar - Datuk Toh Chin Yaw

N.15 Ladang - Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh

N.16 Batu Buruk - Datuk Che Mat Jusoh



P.37 Marang - Datuk Yahya Khatib Mohamad

N.17 Alur Limbat - Alias Abdullah

N.18 Bukit Payung - Zaidi Muda

N.19 Rhu Rendang - Nik Dir Wan Ku (muka baharu)

N.20 Pengkalan Berangan - A. Latif Awang (muka baharu)



P.38 Hulu Terengganu - Datuk Jailani Johari (muka baharu)

N.21 Telemong - Rozi Mamat

N.22 Manir - Yusof Awang Hitam (muka baharu)

N.23 Kuala Berang - Datuk Tengku Putera Tengku Awang

N.24 Ajil - Ghazali Taib (muka baharu)



P.39 Dungun - Datuk Rosli Mat Hassan

N.25 Bukit Besi - Roslee Daud (muka baharu)

N.26 Rantau Abang - Datuk Za'abar Mohd Adib

N.27 Sura - Zakariah Ali (muka baharu)

N.28 Paka - Datuk Matulidi Mat Jusoh



P.40 Kemaman - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

N.29 Kemasik - Ir. Rosli Othman

N.30 Kijal - Datuk Seri Ahmad Said

N.31 Cukai - Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid

N.32 Air Putih - Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar
.........................................................................................................................

Adakah Beliau masih menjadi MB untuk penggal akan datang?


 
Adakah Beliau akan kembali menjadi YB?

Adakah YB berjiwa rakyat ini akan menang majoriti lagi seperti sebelum ni?

Ada Banyak lagi persoalan yang akan menjadi persoalan semua org,
Sama-samalah kita tunggu, apa akan jadi kali ni.
Tak sabar lak nak tahu, hehehe
Apakah akan jadi seperti musim lalu,
Berlaku pertukaran MB lagi.
Tak kisahlah, asalkan negeriku aman dan makmur.

Nanti ada masa fiyda kongsi senarai  calon PAS&PKR Terengganu lak..
Mengundi adalah hak kita, suara kita, pilihan kita,
Undi lah sape yang anda rase nak undi,
Fiyda dah tahu nak undi sape,
Insyallah, klau xde aral..

Oklah,

Bye!

XOXOXO