25 March 2011

Top5 fesyen yang tidak disukai oleh lelaki tetapi digemari oleh wanita

Cermin mata besar


Ramai wanita merasakan bahawa apabila mereka memakai cermin mata yang besar,mereka akan kelihatan lebih  mewah dan bergaya. Tetapi bagi lelaki, wanita yang gemarkan memakai cermin mata yang besar dan tidak sesuai dengan bentuk muka kelihatan seperti serangga yang bermata besar. Amat penting bagi seseorang wanita untuk memilih saiz dan bentuk cermin mata yang benar-benar sesuai dengan wajah mereka.

Bibir yang merah menyala


Kebanyakan wanita akan merasakan bahawa mereka akan kelihatan lebih seksi sekiranya menggunakan lipstick yang berwarna merah. Tetapi lelaki tidak sukakan warna yang terlalu terang kerana mereka merasakan seolah-olah sedang bercakap dengan badut. Lelaki lebih sukakan kesederhanaan. Wanita harus lebih peka dalam pemilihan warna lipstick yang bersesuaian dengan kulit mereka
( nasib baik fyda tak suka pkai mcam nie)

Bulu mata


Memang tidak dinafikan bulu mata yang panjang dan melentik memang akan membuatkan seseorang wanita itu kelihatan lebih cantik pada pandangan lelaki. Tetapi sekiranya bulu mata palsu yang terlalu panjang dan melentik digunakan, lelaki akan merasakan bulu mata yang dipakai oleh seseorang wanita itu kelihatan seperti bulu penyapu dirumahnya. Wanita dinasihatkan untuk tidak memilih bulu mata yang terlalu panjang. Lelaki lebih sukakan bulu mata yang asli berbanding bulu mata palsu.
( fiyda tak nak lagi pkai yang palsu nie )

Selipar/Kasut


Mungkin ada diantara sesetengah wanita lebih suka memakai selipar/kasut berbanding kasut tumit tinggi. Ini adalah kerana ianya lebih selesa dipakai daripada kasut tumit tinggi. Pelbagai jenis selipar/kasut yang cantik-cantik boleh didapati di pasaran sekarang. Tetapi walau secantik manapun selipar/kasut yang di pakai oleh seseorang wanita, lelaki pasti lebih gemarkan wanita yang memakai kasut tumit tinggi kerana ia akan menambahkan keayuan mereka.
( fiyda suka kai kasut tumit tinggi tapi, cepat penatlah.. huhuhu )

Pakaian yang terlalu seksi


 Seseorang wanita yang memakai pakaian terlalu seksi memang mendapat perhatian daripada lelaki.  Tetapi lelaki akan merasakan wanita yang seksi adalah seseorang yang kurang mendapat perhatian. Dan dengan pemakaian yang seksi mereka mendapat perhatian yang secukupnya. Tambahan lagi untuk lelaki yang bernafsu kuda. Wanita dinasihatkan untuk memakai pemakaian yang lebih tertutup untuk mengelakkan daripada perkara buruk menimpa diri mereka.
( time kasih atas nasihat nie, ^_^ )

Pssst : kesimpulannya?? pandai2xlah korang pkir sendiri... heheh


Kredit tuk  top 5 page untuk entri nie..

2 comments:

Azlan Strider said...

sebenarnya bila pakai kasut tumit tinggi akan berjalan dengan lebih teratur lagi daripada dia memakai selipar..maybe sbb tu lelaki suka bila perempuan pakai high heels..heheh

Regards,
-Strider-

nurul fiyda said...

oo, cam tue erk, so azlan strider mesti ske gurl kai heel kan.. :)