06 March 2011

Rayyan Fantasi & 2 Novel Lagi

Buat kawan-kawan yang tak tahu
Rayyan fantasi nie adalah novel
bukan nama Bf fiyda tau..
MySpace



novel nie dah lama kuar,
Tapi sebelum nie fiyda xde duit nak beli,
bila dah de duit terus cari buku nie,
tapi semua kedai yang fiyda p tak de buku nie,
dah habis diorang cakap,
pegi MPH kat Alamanda aritu,
MPH pun tutup.. huhuhu
Sampailah malam kelmarin fiyda p uptown,
jumpa orang jual buku nie,
dapat potongan harga lak tue,
akhirnya dpat jugak fiyda beli novel nie dengan harga rm17.00
harga asal rm19.90, kira oklah tuekan.

Bangun pagi semalam terus baca novel nie,
Pagi tadi dalam kul 2 terus khatam..
best citer nie memang tak rugi beli,
fiyda memang minat gila2x novel Ramlie Awamg Murshid tulis,
Cara die berfikir memang unik & lain dari yang lain..
Novel yang mula-mula fiyda baca Ungu Karmila, Then Hatiku di Harajuku,
Novel yang paling fiyda suka lak adlah kisah Laksamana Sunan,
Rindu & tak sabar mnak tunggu sambung laksaman sunan lagi..

Bersama Rayyan Fantasi fiyda de beli satu lagi novel,
novel nie :



Tak tahulah best ke tak sebab tak baca pun lagi,
baca sinopsis mcam best jer...
Sekarang fiyda tengah baca novel nie :



yang nie fiyda tak beli,
Dyana nadirah punyer,
novel nie pun dah lama fiyda cari nak beli
tapi tak jumpa, alih2x pinjam yang dyana jealah..
yang nie novel kisah budak2x sekolah,
ceritenya gak lucu bagi fiyda..

Ade yang tanya ape yang fiyda dapat dengan baca novel
Fiyda baca novel nie adalah hobi
tak de istilah buang masa & duit bila kita sukakan sesuatu tu,
Rasenye lebih baik baca novel daripada buang masa
ditempat-tempat yang berfaedah kat luar sanakan..

Oklah, Tamatlah kisah novel untuk arini...

MySpace



No comments: