20 April 2011

Indahnya menjadi Wanita Solehah

Assalamualaikum,
hari nie fiyda ade terbaca,
tentang 15 Fadhilat wanita solehah,
kat blog nurul iman kehidupan,
jadi fiyda kongsikan kat blog fiyda,
untuk tatap semua yang ingin berkongsi ilmu..

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. 

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat. 

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 

6. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 

8. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. 

9. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya. 

10. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

11. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki surga dari mana-mana pintu yang dia suka. 

12. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 

13. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 

14. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. 

15. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.



subhanallah....... mulianya darjat seorng wanita solehah di sisi Allah SWT


tapi terase masih jauh perjalanan fiyda untuk bergelak wanita solehah,
sebab fiyda selalu alpa dengan keindahan & keseronokkan dunia,
walaupun jauh disudut hati teringin nak rase manisnya iman,
moga fiyda akan menjadi salah sorang dari wanita solehah,
insyallah, dengan izin allah, tiada yang mustahil..

3 comments:

Rozuan Ismail said...

BANYAK KELEBIHAN WANITA SOLEHAH,TAPI UNTUK MENJADI WANITA SOLEHAH ITU TERSANGATLAH SUSAH

nurul fiyda said...

btol wan, susah sangat..
banyak sgt halangan dan dugaan untuk jadi mcam tue...

mns223 said...

wanita solehah, perhiasan terbaik dunia. Jom sama-sama kita cuba jadi perhiasan yg terbaik tu. :)