08 October 2012

IMAN, KAMU CUTI HARI INI??

Iman: Assalamualaikum.

Diri: waalaikumsalam. Oh encik Iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?

Iman: Apa plak cuti bos. Saya kan diberikan cuti.

Diri: Oh ye, lupa. Itu la,saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En. Nafsu bekerja. Tapi jadi 
kelam-kabut plak. Lepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari tu, saya teringatkan kamu.

Iman: Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambil balik jawatan saya dari En. Nafsu?

Diri: Eh, tak boleh3x. Saya sayang sangat nak pecat En. Nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya. (sambil tersenyum..)

Iman: Kalau macam tu, lebih baik saya berundur. (dengan nada sedih)

Diri: Eh, jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu. (sambil merayu)

Iman: Tapi bos, kami tak mungkin boleh bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. Saya tengok En, Nafsu tu macam anti sangat je dengan saya.

Diri: Aduh, rasa serba salah la plak saya. (keliru)

Iman: Macam ni la bos. Bos boleh pilih satu je. Bos perlu bermujahadah untuk pecat En. Nafsu.

Diri: Saya tahu. Jauh di lubuk hati saya, saya amat memerlukan kamu En Iman. Rasa iri hati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga En. Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku En. Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, al-quran dan apa yang patut.

Iman: Alhamdulillah, syukur sangat. Nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak lagi bernas. Kalau bos teruskan prestasi cemerlang ni, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah S.W.T) sebagai muttaqin.

~ Sumber dari Facebook ~

No comments: