Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Assalamualaikum,
Hai semua,
Fiyda harap semua sihat2x selalu hendak-Nya,
fiyda alhamdulillah, sihat..
Syukur atas nikmat yang Allah kurniakan..
Hari nie fiyda berkongsi serba sedikit
sape die Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary,
Fiyda mula kenal die sejak sekolah menengah,
tak kenal pun wajah die, just kenal nama die jea,
sebab ade tusyen nama Al-bukhari,
Sumbangan daripada beliau,
Hanya tuhan yang dapat balas niat murni beliau
membantu anak kg dan luar bandar macam sekolah kami,
semoga beliau sentiasa di rahmati ALLAH..
Tan sri merupakan bilonaire di Malaysia,
Pada tahun 2012 beliau disenaraikan sebagai orang ke-5 yang terkaya di Malaysia,
Dengan jumlah aset sebanyak RM 9.53 bilion...
Perghhh, bnyakkan.. fuh..
Untuk mengetahuan semua, pendidikan beliau hanya SPM shj,
Pendidikan tu memang penting, tapi belajarlah tinggi macamna sekalipun
kalau malas usaha, tak ke mana pun ilmu tu...
hehehe.. ingatan tuk diri sendiri jgak..
Ada 50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang di kongsi
di blog2x dan facebook, tapi fiyda just nak kongsi sikit ape yang
buat fiyda tertarik dengan beliau..
yang lain cari sendirilah yea.. hehehe
......................................................
Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New
York dan London .
Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak
bermewah setakat mana,
hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam
berapa rumah satu malam,
hendak makan pun sampai larat mana ?
Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah,
tengok
mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita
tolong orang lain.
Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik.
Jika
ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin
kerana
bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain.
Saya
asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar,
minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri.
Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena
atasi.
Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan
rezeki lebih,
bolehlah kita menolong orang.
. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri.
Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik
yang kita lakukan akan kekal.
Bukan duit yang akan melindungi saya
nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
Saya
perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat
bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat
semua ini untuk diri saya semata-mata.
Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang.
Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya
semula.
Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah.
Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
.................................................
Sejujur fiyda sangat kagum dengan manusia bernama
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary,
Bukan kagum dengan kekayaan beliau,
tapi kagum dengan nilai budi beliau,
Subhanallah, semoga Allah sentiasa merahmati dunia dan akhirat beliau.
Fiyda pun bercita-cita nak jadi ahli perniagaan,
Insyallah, bila tiba detik tue fiyda akan mulakan,
buat masa sekrang fiyda mahu bekerja dengan orang,
mencari pengalaman untuk mase depan,
Insyallah, amin..
Fiyda, jika di takdirkan suatu hari fiyda
menjadi manusia yang berjaya dan murah rezeki,
fiyda harap fiyda takkan lupa diri dan punya nilai budi sama
seperti Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary,
fiyda nak tolong manusia2x yang kurang bernasib baik,
InsyaALLAH, Amin..
Doakan fiyda erk,
Wasalam..
xoxoxox
Comments