17 December 2012

Novel Baru Abang Ram

Assalamualaikum,
Selamat petang semua...
harini fiyda nak bercerita/kongsi sal novel abang Ram,
Novel terbaru beliau yang bertajuk Aku Bercerita!!
Siyesly fiyda memang tak sabar giler tggu novel nie keluar,
Dengar cite novel nie skrg tengah cetak dah,
next month de kat kedai buku di seluruh Malaysia..



Sinopsis yg fiyda dapat dari website Kelab RAM:

SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, 
gejala writer’s block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, 
dia terlihat ‘seseorang’ menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. 
Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, 
tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. 
Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. 
Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. 
Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. 
Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. 
Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. 
Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?
RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. 
Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. 
Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...

----------------------------------------------------------------------------

Macam best jea citer die,
Moga citer nie tak mengecewakanlah,
novel2x sebelum nie so far xde lagi yang mengecewakan fiyda,
fuhhhh.. cepatlah keluar duhai novell....

Fiyda memang dah ada koleksi novel RAM, 
cam yang pernah fiyda citer lam entri Koleksi Ramlee Awang Murshid,
Yang paling latest of cozlah Sunan Musafir,
lama fiyda tunggu Novel sunan nie, alhamdulillah tak mengecewakan,
dan sekarang dah mula rindu sunan balik,
dengar citer akan ade lagi novel sunan kesimpulan tuk 6 novel sebelum nie,
kalau ade, bestnyer... wajib beli.. ^__^

http://2.bp.blogspot.com/-18lgDKcCF44/Txf1mXwHIiI/AAAAAAAAAig/BR7DRugosbc/s1600/DSCF3005.JPG
Sebahagian dari koleksi fiyda..

Selain novel Aku bercerita,
fiyda ade 5 lagi novel abang Ram yang xde lam koleksi,
so nanti bila dah de novel,
InsyaAllah akan cuba penuhkan koleksi fiyda,
nie novel yg fiyda xde lagi..
tapi semua dah baca dah...




Kalau ade kekawan yang baik hati nak belanja,
jangan segan silu,
fiyda suka jea... hehehehe.. ^__^

xoxox





No comments: