20 October 2010

PULAU SIBU MASIH DIHATI

Seperti yang telah fiyda janjikan,
entri kali nie adalah tentang perjalanan fiyda 
di Pulau Sibu pada 15-17/10/2010..

15/10/2010

Lebih kurang dalam pukul 1 pagi 2 buah bas bertolak dari ukm
menuju jeti Tanjung Malim,
bas yg fiyda naik sampai di Jeti dalam pukul 7 pagi,
dek kerana drebar bas tak berenti subuh so masing-masing subuh gajah...


 

kitaorang bertolak ke Pulau sibu lebih kurang dalam pukul 9.
perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam 1 jam.
 

Tempat tinggal kami dipulau sibu adalah 


Pada mulanya kami perlu bekhemah disana tetapi disebabkan khemah semua basah,
abang zul pemilik tempat nie bagi kami duk lam chalet..
papepun thanks ya abang Zul...
setelah berehat solat & makan kita orang diminta berkumpul untuk
ice breaking, mereka cipta, permainan pantai & water cofident ..

 


pada sebelah malamnya pula kami diminta berkumpul
mengikut kumpulan mengelilingi unggun api...
dan setiap kumpulan diminta membuat persembahan..
serius seronok sangat..


ada satu buat sketsa tentang orang giler yg seram..
serius memang menjadi budak tu buat..
sampaikan khoiri terkejut & nak buka silat bila tiba2x kak nadra tepuk dia.. hahaha
setelah selesai membuat persembahan, 
giliran jurulatih pula ambil alih dengan games diorg dengan hadiah yg mmg lumayan..
antaranya games ujian penglihatan, siti kata & 2 games lgi fiyda xingat nama.. huhu
dendanya pula..

 

sifir siput sedut & eja milo ais guna punggung... 
hahhaha,
memg lawak giler sakit perut fiyda gelak. (gelak sebab org lain yg kena)
begitulah ceritanya kami dihari pertama dipulau sibu.. 

16/10/2010

Terase malas giler nak bangun pagi dek kerana udara pagi yang sangat sejuk,
lagi 1 kitaorang bagun pukul 6.30 pagi tetapi matahari dah cerah,
so sekali lagi solat subuh di qadakan...


Pada pukul 8 pagi setelah makan & erobik kami telah begerak beramai2x ke
tempat snorkeling melalu satu kawasan batu berduri yang unik..

 

komen fiyda sal coral kat kawasan adalah sangat kesian,
sebab kebanyakkan coralnya berada diambang kematian..
Hal ini menyebabkan fiyda tidak tertarik untuk tengok lama..
fiyda banyak menghabiskan masa dengan berenang sahaja.
dengan bantuan abg yan fiyda baru tahu yg fiyda sebenarnya boleh berenang.
diorang semua guna life jaket tpi fiyda tak guna pun.. ^_^
tie kalo nak belajar berenang silalah cari fiyda yea... heheheh

setelah sepagi bersnorkling, 
sebelum balik kechalet fiyda bersama beberapa orang kawan,
pergi meninjau2x kg2x yg ada dipulau sibu.
yang paling menarik hati bila terjumpa rusa liar yg berjalan seperti lembu di kg... :)

 
 di kg tu abg zul belanja kitaorang semua makan keropok 
memang puas hatilah dapat makn banyak...
tambah pulak ade ABC yg sedap..
fuh, berbaloi2x..

pada sebelah petang pula kami berabseiling pula.
mcam2x gelagat ada mase nak buat tu.. 
tapi fiyda tak takot pun dengan ketinggian 30/40 kaki tu..

 

begitulah hari itu berlalu... pada sebelah malamnya pula,
diadakan acara bebas, ada yang karoke, lepak dekat unggun api & sebagainya.
& fiyda pula melepak dengan abg yan, abg wan, abg emat, abg kro, ika, & asmaq.
pada mulanya hanya suka2x melawak & menyanyi tapi
akhirnya bertukar menjadi perkongsian ilmu & nasihat yang sangat bermakna,
thanks abg yan & abg emat..

17/10/10

Hari terakhir di Pulau Sibu..
fiyda bagun awal pagi untuk tengok matahari naik.. 
yang memang merupakan pemandangan yang sangat cantik..

 

Kemudian fiyda, khoiri, ajih & asmaq berjalan kehujung pulau..


 

  

kami semua berangkat meninggalkan pulau pada pukul 12.00 tengahri.

 

dan sampai di jeti tanjung leman pada pkul 1,
setelah selesai menutupkan program kami pun bgerak balik ke ukm..

  
Memori di pulau Sibu akan sentiasa dalam kenangan..
tahniah buat intan yang berjaya mengendalikan program ini...
sekian..










1 comment:

asmaqhusna said...

best sangat2...takkan kami lupa semua pengalaman di sana...kami sayangkan ciptaan Allah yang Maha Agung...pulau yang sangat menarik!!!!!