14 October 2013

AidilAdha Lebih Besar dari AidilFitri

Assalamualikum semua,

Lama tak conteng-conteng kat sini,
sejak kerja dekat company baru,fiyda busy sgt2x, weekend memang betol2x rehat..

Hari nie fiyda cuti,cuti panjang cikit sampai khamis nie,
so ade banyak ckit mase terluang.. hehe
Actually before nie fiyda dah banyak delete post2x kat blog nie,
Saje malas nak ingat semua kisah lama. lagipun fiydakan dah lame move on.
So xde sebab nak simpan semua kisah2x tukan... :)

Ok, sempena hari raya aidil Adha esok,
fiyda nak lah kongsi sedikit tentang perayaan Aidil adha dan ape bezanya dengan Hari raya Aidil fitri.

---------------------------------------------------------------------------------------------

"Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan terbesar dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha pula disambut pada hari ke-10,11,12 dan 13bulan zulhijjah setiap tahun. Ini sudah menunjukkan perayaan aidiladha lebih besar kerana pada hari raya aidilfitri kita hanya diharamkan berpusa pada 1 syawal tapi pada perayaan Aidiladha kita diharamkan puase pada empat hari. Selain diharamkan berpuase kita juga disunatkan bertakbir setiap kali selepas solat bermula subuh 9 zulhijjah hinggalah selepas Asar 13 Zulhijjah manakala pada Aidilfitri kita hanya bertakbir bermula selepas Maghrib  pada hari terahir ramadhan sehinggalah selesai solat hari raya pada keesokkan harinya.

Hari Raya adalah istimewa kerana hari untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah S.W.TKesabaran anaknya Nabi Ismail dalam menurut perintah Allah S.W.T

Manakala perayaan Aidilfitri yang juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari raya Fitrah dan Hari lebaran pula merupakan perayaan yang  dirayakan sempena meraikan sebulan berpuasa dibulan Ramadhan.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oklah semua, Pada yang berpuasa arini sempena Hri Arafah, selmat berpuase dan semoga ibdat kita diterima dan diredhai Allah.

Esok jangan lupa p masjid solat raya tau.. :)
Pada yang korban selamat berkorban, pda yang tak korban selamat makan daging,
No diet2x ok..Oklah bye semua.

Salam Aidiladha. Wasalam

XOXO


No comments: