20 February 2013

Sayang Minta Maaf Kerana Abang Yang Terpaksa Masak


Assalamualaikum,
Hai semua, arini fiyda nak share satu cerita best..
cerita nie bukan fiyda tulis tapi fiyda just copy jea sebab fiyda suka, heheh
Credit buat : Harian Islam
....................................................................................................
Terimalah cerpen Sayang Minta Maaf Kerana Abang Yang Terpaksa Masak
Amir dan isterinya sedang berada di dapur.
“Abang, sayang minta maaf kerana abang yang terpaksa memasak pada hari ini.”
Amir tersenyum.
“Sayang sudah masakkan makanan yang sedap untuk abang hampir setiap hari. Kali ini, biarlah abang pula yang memasak untuk sayang. Sayangkan demam, sayang berehatlah.”
Aisyah berkata,
“Tugas memasak, abang serahkanlah kepada Aisyah. Abang sudah seharian bekerjauntuk mencari rezeki. Kini giliran Aisyah pula untuk melayani abang. Memasak dan melayan abang adalah kerehatan untuk Aisyah.”
Amir berkata,
“Malam ini, biarlah abang yang memasak untuk Aisyah. Bukan selalu Aisyah dapat merasa masakan abang. Aisyah bimbang masakan abang tidak sesedap masakan Aisyah?”
Aisyah tersenyum dan berkata,
“Masakan abang tentulah sedap, tetapi tidaklah sesedap masakan Aisyah.”
Amir tersenyum dan membalas,
“Masakan abang makin bertambah sedap. Selepas ini Aisyah akan merayu-rayu meminta abang supaya memasak untuk Aisyah.”
Aisyah tersenyum dan berkata,
“Aisyah tahu, abang memasak menggunakan perencah kasih sayang, sebab itulah masakan abang makin bertambah sedap.”
Amir tersenyum dan bertanya kepada Aisyah.
“Sayang, berapa banyak garam yang perlu abang masukkan ke dalam masakan ini?”
Aisyah menjawab,
“Abang masukkanlah garam dengan secukup rasa. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit.”
Amir menjawab,
“Boleh sayang tolong abang untuk masukkan garam ke dalam masakan ini? Abang terpaksa mengalah, sayang lebih pakar dalam hal memasak berbanding abang.”
Aisyah tersenyum dan menolong suaminya.
“Abang tahu kenapa kita kena masukkan garam dengan secukup rasa sahaja? Kenapa tidak boleh terlalu banyak atau tidak boleh terlalu sedikit.”
Amir menjawab,
“Tukang masak profesional mahu menguji abang, ya? Kalau terlebih garam, masakan akan jadi masin dan kalau terkurang garam pula masakan akan jadi tawar.”
Aisyah tersenyum.
“Kalau garam perlu dimasukkan dengan secukup rasa, bagaimana pula dengan cinta?”
Amir tersenyum dan menjawab,
“Abang mungkin kalah dengan Aisyah dalam hal memasak, tetapi abang tidak mahu kalah dengan Aisyah dalam soal cinta.”
Aisyah tersenyum dan Amir meneruskan kata-katanya,
“Abang berikan cinta abang kepada Aisyah dengan secukup rasa. Cinta yang abang berikan kepada Aisyah, tidak lebih dan tidak kurang. Semoga cinta antara abang dan Aisyah tidak akan melalaikan kita daripada mengingati Allah.”
Aisyah tersenyum dan berkata,
“Abang memang pakar dalam bercinta. Makin hari, makin Aisyah cinta kepada abang. Kadang-kadang, Aisyah rasa abang adalah pakar bius. Aisyah dibius cinta.”
Amir tersenyum.
“Nasib baik abang tidak menjadi doktor. Kalau tidak, ramai pula pesakit yang terbius dengan bius cinta abang.
.....................................................................................
So how? bestkan cite nie...
Untunglah kalau dapat husband baik macam nie kan,
Kalau dapat husband baik cam nie, tanpa perlu banyak fikir arini jgak nak kawen, hehehe
Sebagai manusia, kita hanya mampu usaha dan doa supaya dapat yang terbaik..
Oklah, nak sambung kerja.
Bye, wassalam

17 February 2013

My New Life On Feb #2

Hai,

I'm here again...

Btw i just wanna share,

Started 1st Feb aritu,

Fiyda dah tukar nom fon, hehehe

Untuk kehidupan yang lebih aman

dan bebas daripada gangguan makhluk-makhluk perosak

yang selalu cari peluang tuk kacau hidup i...

Alhamdulillah, tiada lagi ganggu msg dari makhluk itu.. hehe

Nom baru fiyda dah tak kai prepaid dah,

Pakai postpaid lak, senang sikit tak yah susah nak topup, hehe

Fiyda bukan takat tukar nom baru tapi tukar fon jgak, hehe

Bosan pakai samsung beralih angin ke xperia lak..

I love my fon so much...


nie jea yang mampu jadi milikku.. hehehe

Semalam, bos yang punyerlah baik hati
Bagi fiyda angpow dengan henpon,
Henpon bukan sebarang henpon,
henpon kat bawah ni hah... hehehe

Iphone 5

syok giler, tapi bukanlah jadi harta terus,
nie just tuk urusan company sahaja..
macam tak percaya jea bos bangi guna nie,
ingat aritu die nak bagi samsung biasa cam s2 ke,
sekali tengok die beli henpon nie...
kayo tol bos, untunglah jadi bos kan.. hehehe

Bulan depan,
InsyaAllah kalau ade rezeki
bos akan bawak masuk pulau,
uwaaa, best giler, tak sabar rasenyer,
tetibe semangat nak keje... hehehe

Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki fiyda,
Dapatlah tolong mak dengan adik-adik banyak sikit,
InsyaAllah Amin..


Lagi satu cerita nak kongsi,
fiyda rase dalam hati fiyda sekarang ade rama-ramalah, hehe
Tapi malaslah nak bercinta, takowt.. huhu
Kalau dia baik tuk fiyda Moga Allah akan terus dekatkan die di hati ini,
Tapi jika dia bukan jodoh fiyda,
cukuplah dia jadi angin yang menyapa pipi.. heheh

Dah lah,
Selamat malam semua,
tido lena-lena, jangan luper baca doa tau.. :)

XOXOX

16 February 2013

February Yang Awesome #1

Assalammualaikum,

hai kekawan blogger yang ensem & gojes sekalian,
rindu nak conteng-conteng kat sini,
rindu nak blog walking,
sejak beralih kedunia pekerjaan nie,
dah xde mase macam dulu lagi nak berpoya-poya kat sini, huhu

Malam nie i malam i berpoya-poya kat sini ok,
So far permulaan tahun 2013 sangat baik,
erk.. ok ke guna perkataan baik,
lantaklah tak tau nak guna perkataan ape hehehe,
yang pasti dipermulaan 2013 kehidupan fiyda berjalan dengan baik,
walaupun tanpa insan bernama lelaki seperti sebelum2 nie,
Lagi 1 kan, fiyda totally dah berubah, erkk.. i thinklah.. hehe
coz fiyda dah tak manja cam dulu lagi,
untuk 2013 nie, fiyda tak jatuh airmata lagi kat pipi, 
Alhamdulillah tuk kehidupan ini.. :)

Untuk bulan Feb nie,
Fiyda seronok sangat2x pertama sebab kawan fiyda kawen,
Rase cam dah lame giler tak gi kenduri,
lagi-lagi kenduri kawan-kawan,
actually, kekawan fiyda tak ramai sgt lagi kawen, hehehe

First, Member UKM fiyda, Fiyda panggil die yul, 
Yul nie sama kajai, pernah roomate dengan die time shortsem,
Then sama Falkulti, pernah sama kelas jgak,
Kisah cinta yul dengan Hubby dia nie, fiyda tahulah sikit-sikit.. hehe
Fiyda p wedding yul dengan my lovely frens mas & bella..
walaupun terlajak sikit, tapi selamat jugak kami sampai kenduri yul aritu..


Member yang kedua kawen,
fiyda panggil dia jah,
kawan sejak form 1, kitaorang 1 kelas dari form 1 sampailah form 5,
Jah nie ceria dan lawak orangnya,
bila die invite pergi wedding die, rase cam tak percaya,
antara ramai-ramai die yang paling awal kawen,
Jodoh die dulu, alhamdulillah.. :)


Tengoklah suami die tue, ensem giler,
pandai jah cari, sesuai sangat sorang nurse sorang polis,
kena mintak petua dengan jah nie, hehehe

Jah cantik sgt!! hehehe

 

Kenduri jah, fiyda p dengan bestfren sejak dari dalam perut mak,
si cantik yang pkai jubah turqoise tu,
Bell namanya, sama cam fiyda single lgi.. hehehe,
jeles giler tgok kek jah, 8 tgkat u olls,
bukan beli tapi sedara sponsor,
berst gilerkan...

member yang ke tiga, kak nor,
kak nor nie actually senior mase sekolah menengah dulu,
kak nor buat kenduri simple2x jea sebab dah xde parent,
tak perlah yang penting yang wajib tue dulu..
tapi fiyda suka sebab kak nor jemput fiyda,
tok wan cakap kak nor nie sebenarnya sedara jauh fiyda, 
4 pupu lau tak silap, huhuhu

cantikkan

Any ways, selamat pengantin baru semua,
Tahniah untuk peralihan hidup baru,
fiyda doakan semua kekawan akan bahagia sampai ke syurga,
InsyaAllah, Amin..

Tammat cite 1,
kalau rajin akan ade cerita 2 plak,
hehehe


xoxox