29 January 2013

Dalam Hati Ada Dia.

Assalamualaikum,

Just nak share hati fiyda di ketuk 
oleh sesorang...
setelah sekian lama, akhirnya wink2x.. hehe

Tapi siapa dia??
cukuplah jika ku katakan dia orang Terengganu,
Keluarganya asal usulnya aku kenal dan tahu baik2x semuanya,
selebihnya biarlah hanya aku yang tahu..

Jika dulu aku suka semua orang tahu tentang kisah cinta aku,
Aku mahu seluruh dunia tahu betapa bahagianya aku,
Tapi kini tidak lagi,
aku kini lebih matang dan lebih mahukan privasi.. hehehe
Jadi cukuplah hanya Aku dan Allah sahaja yang tahu..


Allah itu lebih tahu apa yang terbaik buatku..
Aku sebenarnya tak tahu apa yang rase,
mungkin hanya suka mungkin juga cinta,
Dia tidak perlu tahu, jika Allah dah cakap dia Jodohku,
Bila tiba masanya dia akan tahu sendiri..

Yakinlah! Percayalah!
Semua sudah tertulis dan tersurat.
Dan aku hanya ingin cinta selepas ini adalah suamiku sahaja


Akanku doakan dalam sujudku
moga takdir itu milik kita,
ameen

........................................................................................

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,
.........................................................................................

XOXOXOX

28 January 2013

Setelah Sekian Lama..

Hai,
Assalamualaikum, semua..
Setelah sekian lama tak update, hehe
Alolo cianyer encik blog,
lame gf die tak dating dengan diekan..
sory tau, sejak bkerjaya cik gf makin malas nak update,
actually bukan malas tapi bz & penat.. hehe

Semalam dan arini cuti,
so seronoklah cikit, ingat dapatlah rehatkan badan,
tapi sebaliknya lak jadi, sebab asyik keluar,
semalam pergi meronda KL, Arini meronda Damansara,
Penat giler tapi hepy sgt..
See sape cakap xleh hidup tanpa bf, 
sape cakap xleh hepy tanpa bf,
semua tu poyo... hahaha

Pssstt kamu tak payahlah kacau hidup saya,
saya tak nak balik pun dengan kamu,
kawan pun tak nak, cukuplah kamu jadi masa silam yg menyakitkan itu..
saya lebih bahagia begini...

haish, melalut plak fiyda niekan,
Jom fiyda nak share pic baru fiyda nie :


Eh2x, nie Meatball yang selamat di kebumikan lam perut tghri tdi.


Alrite nie pic terbaru fiyda,
makin gemukkan fiyda, haish..
tapi tak per gemuk tukan maknanya bhagia..


Tudung merah, kasut merah, i like.. 







Ada gaya jadi model x?

XOXOXO

2 lagu 2 Drama

Hai, i'm here again..

 disebabkan malam nie mood ok,
so ske hatilah nak update blog banyak2xkan...
hehehe

Malam nie fiyda nak kongsi 2 lagu  dan 2 buah
yang fiyda ske dengar lately nie.
Kita mulakan dengan lagu dulu,
Lagu nom 1 :

Najwa Latif ~ I Love You


Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,

Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,

Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia,

Lagu no 2 :


Gabungan mantap Awie & adira - Ratuku


Ratapan naluri
Memanggilkan namamu
Kerana pertemuan ini
Akan ku abadikan segala memori
Ku lewati waktu itu
Di dalam pelukanku
Gugurnya pemisah
Di antara kita terbinanya
Satu mercu tanda
Cinta yang setia

Bisikan yang pertama
Membawa erti untuk slamanya
Ku bagaikan tak percaya
Apa yang tlah pun ku rasa

Engkau bagaikan oh permataku
Engkau pun jua ratuku

Engkaulah segalanya
Engkaulah hanya untuk diriku
Aku hanya untuk untukmu
Itulah janjiku padamu

Kita bagaikan ombak dan pantai
Tidak kan terpisah lagi
Walaupun pasangnya
Walaupun surutnya laut

....................................................................................................
2 lagu yang punya melodi & lirik nice ini
datangnya dari 2 buah drama yang fiyda 
tengah seronok layan sekarang :

Drama najwa latif datangnya drama nie :


ramai kot yang ske cite nie,
bagi fiyda drama nie kekuatanya
terletak pada jalan ceritanya,
bukan pada pelakonnya,
sebab hero ammar asyraf die kaku lah berlakon.. huhu
tapi nely best dan comel..

Nice kan.. :)
"Aku hanya ingin bersamamu kerana aku telah terlanjur mencintaimu"


Lagu Nyanyian gabungan mantap Awie dan adira pula,
Ost tuk citer yang baru nak masuk episod 4 nie :-


Jika cerita tdi kekuatan pada jalan ceritanya,
cerita ni pula kekuatan pada pelakon dan mgkin juga ceritanya,
Si hensem adi putra dan si jelita Rita rudaini
tak perlu diragui memang best lakonan diorang.. hehehe
sepadan & sweet jea diorg.. :)

 Perghhh, hensem siot.. haha

Gabungan mantap & sweet :)

Persoalanya :

"Mampukah kekuatan cinta menyembuhkan duka lara"


Korang pun layan 2 lagu 2 drama nie cam fiyda tak?

bye, wasalam

XOXOX

15 January 2013

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Assalamualaikum,

Hai semua,
Fiyda harap semua sihat2x selalu hendak-Nya,
fiyda alhamdulillah, sihat..
Syukur atas nikmat yang Allah kurniakan..

Hari nie fiyda berkongsi serba sedikit 
sape die Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary,
Fiyda mula kenal die sejak sekolah menengah,
tak kenal pun wajah die, just kenal nama die jea,
sebab ade tusyen nama Al-bukhari,
Sumbangan daripada beliau,
Hanya tuhan yang dapat balas niat murni beliau 
membantu anak kg dan luar bandar macam sekolah kami,
semoga beliau sentiasa di rahmati ALLAH..


Tan sri merupakan bilonaire di Malaysia,
Pada tahun 2012 beliau disenaraikan sebagai orang ke-5 yang terkaya di Malaysia,
Dengan jumlah aset sebanyak RM 9.53 bilion...
Perghhh, bnyakkan.. fuh..
Untuk mengetahuan semua, pendidikan beliau hanya SPM shj,
Pendidikan tu memang penting, tapi belajarlah tinggi macamna sekalipun
kalau malas usaha, tak ke mana pun ilmu tu...
hehehe.. ingatan tuk diri sendiri jgak..

Ada 50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang di kongsi
di blog2x dan facebook, tapi fiyda just nak kongsi sikit ape yang 
buat fiyda tertarik dengan beliau..
yang lain cari sendirilah yea.. hehehe

 ......................................................

 
 
Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . 
Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, 
hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, 
hendak makan pun sampai larat mana ?

 
Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah,
 tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. 
Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. 
Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin 
kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
  
Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. 

 Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar,
 minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. 
Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi.
 Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih,
bolehlah kita menolong orang.
 
. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. 
Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik
 yang kita lakukan akan kekal. 
Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

 Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. 
Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. 

 Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. 
Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
.................................................

Sejujur fiyda sangat kagum dengan manusia bernama
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary,
Bukan kagum dengan kekayaan beliau,
tapi kagum dengan nilai budi beliau,
Subhanallah, semoga Allah sentiasa merahmati dunia dan akhirat beliau.

Fiyda pun bercita-cita nak jadi ahli perniagaan,
Insyallah, bila tiba detik tue fiyda akan mulakan,
buat masa sekrang fiyda mahu bekerja dengan orang,
mencari pengalaman untuk mase depan,
Insyallah, amin..

Fiyda, jika di takdirkan suatu hari fiyda
menjadi manusia yang berjaya dan murah rezeki,
fiyda harap fiyda takkan lupa diri dan punya nilai budi sama
seperti Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary,
fiyda nak tolong manusia2x yang kurang bernasib baik,
InsyaALLAH, Amin..

 Doakan fiyda erk,
Wasalam..

xoxoxox

 

 

11 January 2013

Abang RAM di Harian Metro

Assalamualaikum,

Salam Jumaat semua,

Lama tak conteng, mengarut kat sini, hehe
lately fiyda busy kerja cikit,
sekarang nie pun tengah merancang something sikit,
tuk mase depan, hehe
so memang tak sempat nak masuk sini..

hari nie fiyda just nak kongsi cerita tentang 
Novelis Kegemaran fiyda RAmlee Awang Murshid,
beliau dekat harian Metro arini..

Kalau nak tahu pe citenya, silalah review dekat

‘ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. 
Sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta’. 
 
Tak sabar nak tunggu novel sunan lagi.. ^__^
 
Btw,
minggu lepas fiyda dah beli novel abg RAM yg paling latest,
'Aku Bercerita" di MPH Mid Valley,
Dah baca separuh, tapi tak habes lagi sebab busy, tapikan siyesly best sgt...
nanti fiyda dah habes baca, fiyda buat review kat sini..
 

Oklah semua,
Pada yang bekerja, selamat bekerja,
pada yang sedang berehat selamat berehat,
dan pada kaum adam selamat solat jumaat..

Bye/

XOXOXO
 

01 January 2013

Rebate RM200

Hai Semua,
Asalamualaikum,
Salam penuh kesejukan dari kgku yang sedang banjir, hehe

Sepatutnya malam nie fiyda dah kena balik KL,
esok dah kena masuk kerja balik,
Tapi terperangkap dalam banjir lak.. huhuhu

Berbalik pada tajuk kita,
fiyda just nak share link tuk apply rebate,
orang2x kaya yg pakai BB, S2, S3 bagai tu
 xyahlah apply bagi orang yang tak berkemampuan jea yea, hehe


Cara Mohon
Sila pilih kategori pemohon antaranya
  • Borang permohonan dalam talian : Pekerja
  • Borang permohonan dalam talian : Pelajar

Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon
  • Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang ditawarkan (Harga maksima RM500)
  • Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar dan Satu telefon hanya untuk satu belia

Jenis-Jenis Fon yang leh beli :-




XOXOXO

Babai 2012, Selamat Datang 2013!!

Assalamualaikum,
Salam penuh kesejukkan dari bumi Terengganu,
Yang sedang dilanda banjir... hehehe

Hujan dan banjir mengiringi pemergian tahun 2012,
Sejuk wooo, dari pagi sampai sekarang hujan tak henti2x,
tadi petang pergi bank kuarkan duit,
sebab nak bayar gaji orang keje,
tapi dek kerana banjir x dapetler nak bayar gaji diorang, huhuhu
Balik tadi mak terus p hantar kereta kat kawsan tinggi,
takut ler kereta tenggelam banjir.. huhu
Nanti lau rajin fiyda cite sal banjir lagi yea, hehehe

Btw, Tahun 2012 kejap lagi akan meninggalkan kita,
sepanjang tahun 2012 banyak menda jadi dalam hidup fiyda,
Dari perihal family, cinta, kawan, belajar, kerja dan macam2x lagi,
Dalam perihal family, Alhamdulillah semuanya dah berakhir,
Allah makbulkan doa fiyda, amin.
Dalam perihal cinta dan kawan,setelah ape yang berlaku spnjg thun ni,
fiyda rase diri nie sgt naif dan terlalu mudah percayakan orang,
sampaikan tak sedar diri ditipu dan dipermainkan,
tapi tak per semua tue ade hikmahnya..

2012 juga menyaksikan berakhirnya kehidupan sebagai
mahasiswi UKM, alhamdulillah..
Dipenghujung 2012 fiyda dah menjadi pekerja,
Syukur.. :)

Pada semua yang pernah hadir dalam hidup ini,
Terima kasih.. :)


Buat Tahun 2013 :-

Fiyda mengharapkan kehidupan yang diredhai Allah,
Fiyda Ingin memcari bahagia dan ingin membahagiakan,
Ingin memulakan kerjaya baru,
Ingin membina persahabatan yang sebenarnya,
Ingin melupakan semua kesakitan,
Ingin lebih dekat dengan family,
InsyaALLAH, Amin.. :)

XOXOXO