28 December 2012

Hari-Hari Terakhir 2012

Assalamualaikum,
Salam Jumaat semua,

Jumaat terakhir untuk 2012,
lagi 3 hari tahun 2012 akan melabuhkan tirai,
Macam dugaan yang fiyda lalui tahun nie,
terase semua kebahagiaan yang fiyda rase dipermulaan tahun dulu
semuanya FAKE.. huhuhu
Tapi xper fiyda yakin semua yang terjadi pasti ade rahsia yg tersembunyi,
Allah tu maha Adil dan lagi maha mengetahui,
sesungguhnya fiyda redha seredhanya dengan ape yg terjadi dalam hidup fiyda,

Hari-hari terakhir nie kehidupan fiyda,
Alhamdulillah lebih tenang, syukur..
Di hari-hari terakhir nie jua Allah membuka hijab
yang selama nie membutakan mata dan hati nie,
Dihari-hari terakhir nie ramai orang datang bercerita pada fiyda,
tentang kenyataan sebenar dan semua tu lansung tak fiyda jangkakan,
Sesungguh semua tu bagaikan menghiris-hiris hati nie,
Alangkah bagusnya jika fiyda tak tahu semua tue,
supaya hati fiyda tak sakit,
supaya fiyda tak perlu benci sesape... hurmmm..

Benar kata mereka bila Allah menduga kita,
itu sebenarnya kerna Allah sayang kita,
Dia ingin kita kembali pada Dia setelah kita alpa,
Terima kasih Allah, kerna menghilang rase sakit itu..
Janganlah hati ini berbolak balik lagi, 
Aku ingin selalu dekat dengan-Mu.
Itulah Kebahagiaan sebenar.

Dahlah luperkan cerita fiyda,
Biar masa menentu segalanya,
Btw fiyda nak ucapakan tahniah pada penjaga gol Malaysia,
Apek & Leuniey yg dah selamat di ijab kabulkan arini,
untunglah, btw tahniah!!
Semoga Sentiasa dalam rahmat Allah dan Berkekalan selamanya,






http://cdn1.rotikaya.com/wp-content/uploads/2012/12/Gambar-Sekitar-Majlis-Akad-Nikah-Khairul-Fahmi-Che-Mat-Leuniey-Natasha-ROTIKAYA.jpg

ROTIKAYA_058 Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi & Leuniey Natasha Di Kelantan - ROTIKAYA
Kenape Semua pompuan nagis time kawen erk... huhuhu

*kredit pic : Roti Kaya


~ Bila giliran saya lak, umo dah sama dah dengan apek tu... hehehe :p

XOXOXO


24 December 2012

Review 49 Day

Hai semua,
Lately nie malas ckit nak update blog,
ade banyak menda nak cite,
tapi tak de idea nak menulis, tak tahu nape...

Harini fiyda just nak kongsi tentang stu cite korea,
Tajuk dia ''49 Day",
citer nie dah lame dah, cme fiyda jea baru tengok,
20 episod dalam 4 hari fiyda tengok,
malam jea leh tengok sebab siang2x kan kerja.. huhu

 
nielah barisan pelakon die..

 
Nam Gyu Ri yang pegang watak sebagai Shi Jin hyun


 
Jung II Woo Sebagai scheduler

 
 Lee Yo Won Sebagai Song Yi Kyung


Btw citer not bad lah,
Syok jea layan,
lau x caye p lah layan sendiri... hehehe

XOXOXO

22 December 2012

Save The Date Apek & Leuniey

Assalamualaikum...

Hai semua!
Selamat berhujung minggu,
mesti korang tengah berehat2x sekarangkan,
or maybe hangout and dating,
almaklumlah weekendlah katakan... hehehe
fiyda, duk umah jea layan facebook.. huhu

Semalam fiyda share video apek (khairul fahmi) dan leuniey
nyanyi hindustankan, 
arini nak share video " Save The Date"
28/12/12 tie kan diorang dah nak kawenkan,
Btw fiyda suka video nie,
not badlah weeding goal keeper Malaysia video save the date pun
berkisar sal bola, of cozlah kan.. ko ado, hehehe
starting memulapun dah lagu Ultras malaya,
perghhh, rindu nak p stadiumlah tengok games Malaysialah.. huhu
Oklah x nak cite panjang2x,
Layan video nie... ^__^


Dah 2 hari share sal Apek nie,
minat k??
actually tak minat pun apek nie,
tapi suka tengok die tangkap bola kat goal.. hehehe

XOXOXO

21 December 2012

Apek dan Leuniey Nyanyi Hindustan

Hai semua,
Selamat petang jumaat,

Hari ni fiyda nak kongsi video Apek dan tunangnya leuniey nyanyi
lagu hindustan, layanlah sebjik cam hindustan sore diorang..
 Kalau x caye cuba korang tengok video nie :



Betolkan, pe fiyda cakap...
seronok jea orang nak kawenkan,
ceria semacam jea, untunglah... huhu

 

Fiyda suka tengok leuniey, comel!!



Lagi satu untunglah,
nanti MB kelante sendiri yang akan nikahkan diorang...
Moga jodoh diorang berpanjanganlahkan...

XOXOXOX




17 December 2012

Novel Baru Abang Ram

Assalamualaikum,
Selamat petang semua...
harini fiyda nak bercerita/kongsi sal novel abang Ram,
Novel terbaru beliau yang bertajuk Aku Bercerita!!
Siyesly fiyda memang tak sabar giler tggu novel nie keluar,
Dengar cite novel nie skrg tengah cetak dah,
next month de kat kedai buku di seluruh Malaysia..



Sinopsis yg fiyda dapat dari website Kelab RAM:

SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, 
gejala writer’s block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, 
dia terlihat ‘seseorang’ menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. 
Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, 
tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. 
Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. 
Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. 
Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. 
Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. 
Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. 
Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?
RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. 
Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. 
Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...

----------------------------------------------------------------------------

Macam best jea citer die,
Moga citer nie tak mengecewakanlah,
novel2x sebelum nie so far xde lagi yang mengecewakan fiyda,
fuhhhh.. cepatlah keluar duhai novell....

Fiyda memang dah ada koleksi novel RAM, 
cam yang pernah fiyda citer lam entri Koleksi Ramlee Awang Murshid,
Yang paling latest of cozlah Sunan Musafir,
lama fiyda tunggu Novel sunan nie, alhamdulillah tak mengecewakan,
dan sekarang dah mula rindu sunan balik,
dengar citer akan ade lagi novel sunan kesimpulan tuk 6 novel sebelum nie,
kalau ade, bestnyer... wajib beli.. ^__^

http://2.bp.blogspot.com/-18lgDKcCF44/Txf1mXwHIiI/AAAAAAAAAig/BR7DRugosbc/s1600/DSCF3005.JPG
Sebahagian dari koleksi fiyda..

Selain novel Aku bercerita,
fiyda ade 5 lagi novel abang Ram yang xde lam koleksi,
so nanti bila dah de novel,
InsyaAllah akan cuba penuhkan koleksi fiyda,
nie novel yg fiyda xde lagi..
tapi semua dah baca dah...




Kalau ade kekawan yang baik hati nak belanja,
jangan segan silu,
fiyda suka jea... hehehehe.. ^__^

xoxox





16 December 2012

Lelaki Vs Duniaku

Assalamualaikum semua,

Selamat beristirehat dihujung semua,
hujung minggu fiyda sgtlah membosankan
dan menyakitkan hati dek kerana housemate fiyda, hurmm..
Dahlah luperkan die seketika xnak bercerita tentang die, huhu


Arini fiyda nak citer sal lelaki ada dan pernah ada dalam hidup fiyda,
Seingat fiyda mase zaman kanak-kanak fiyda,
fiyda lebih rapat dengan abah berbanding mak,
abah dulu lain sekarang lain, hurmmm...
Then selain abah fiyda rapat dengan pak sedara sebelah mak,
ada 3 orang semua rapat dengan fiyda,
fbleh dikatakan fiyda nie anak sedara kesayanganlah,
sebab fiyda anak sedara sulung diorang...
diorang selalu datang amik fiyda bawak balik sana,
tdo pun tido dengan diorang... time kecik2xlah..
Bestnyer zaman tue, tapi bila masing2x dah de family sendiri,
fiyda dah kurang rapat dengan diorang... huhuhu

Tu lelaki lam family fiyda,
Mase fiyda kecik2x fiyda tak kuar umah, so xde kawanlah,
Seingat fiyda kawan pertama fiyda adalah time sekolah tadika,
ade dua orang dua2x laki, kitaorang kawan bertigalah dekat tadika tue,
sorang dak kg lain, sorang dak depan umah fiyda,
pergi dan balik tadika fiyda dengan dak yg depan umah tuelah..
entah die ingat ke tak semua nie, huhu

Naik sekolah rendah fiyda dah kurang rapat dengan diorang,
tapi still kawanlah, hurmm kenapa erk, lupalah...
bila dah sekolah rendah fiyda mula kawan dengan gurl,
Tapi kitaorang jenis lasak dan berkawan dengan lelaki,
main basikal, mandi sungai, main kejar2x, semua bercampur dengan laki,
Bestnyer zaman tue, mase tue abah garang,
pernah fiyda mandi sungai tak ingat nak balik umah,
abah datang bawak rotan suruh balik umah.. hehehe
nakalkan fiyda. :)

Kali pertama fiyda suka manusia bernama lelaki
mase fiyda berusia 10 tahun, kawan sekolah fiyda...
Sape die? hurmmm xleh gitau kat sini, bahaya.. hehehe
bile fikir balik fiyda pelik napelah fiyda leh suka die, hurmm
fiyda ingat lagi mase tue hari2x fiyda nak tengok die,
sehari tak tengok die rase cam x lgkap jea hidup.. hahahaha
tak dapat tengok die, dapat tengok basikal die pun dah jadi dah..
die comel sgt... fiyda rase die tak nah tau fiyda suke die,
bila die dah hbis sekolah lepas UPSR,
fiyda nangis sebab fiyda tau fiyda dah xleh tengok die lagi..
walaupun dah x jupe tapi fiyda suka die sampailah fiyda
sekolah menengah perasaan tue still ada..
SUKA jea bukan CINTA ok... huhu

Bila naik sekolah menengah fiyda terpisah dengan kawan2x sekg,
sejak tue fiyda dah tak rapat dengan diorang sebab dah jrg jumpe,
fiyda wajib duk hostel  sebab duk kelas KRK,
Naik sekolah menengah fiyda mula berubahm
berubah jadi gurl yg ayu ckit, hahahah dah tak kasar dah,
tapi still kawan dengan laki,
time tu fiyda suka kawan dengan laki sebab fiyda rase diorang lebih jujur,
time form 3 fiyda rapat dengan ramai kawan laki,
tapi semua kawan xlebih dari kawan..
Bila ade member perempuan ngate fiyda diorang mesti backup fiyda,
yealah diorang tahu fiyda cam ner,
dan ape yang mengate fiyda sama sekli tak betul..
ya Allah, rindunya diorang semua, 
mereka adalah kawan2x yang sangat baik.. huhu
fiyda syg diorang sgt2x, tapi aku tersalah lgkah bila salah sorang diorang
ajak kapel fiyda ime, sejujurnya fiyda nyesal
fiyda syg die tak lebih dari kawan
tapi dek kerana fiyda tak sggup lukakan die fiyda time jgak,
tapi hubungan tu xtahan 3 bulan pun,
dan selamanya fiyda hilang kawan baik fiyda... huhu

Lelaki pertama aku kedua aku suka mase aku form 3,
time aku suka die, die kapel dengan dak kelas fiyda,
nape aku suka die? xde jawapan..
tapi aku suka die sgt2x, semua aktiviti kehidupan die aku hafal.
samalah macam fiyda suka yg first tue,
mana die pergi, kelas die kat mna, ptg die buat pe semua fiyda tau,
sejujurnya tak pernah terlintas pun nak bercinta dengan die,
tak sangka die akan suka fiyda jgak,
3 tahun fiyda suka die dalam diam, xde sape tahu,
tak pernah harap die akan suka fiyda balik sebab die nie rmai pminat,
tapi akhirnya fiyda kapel gak dengan die,
die cinta pertama fiyda, 2 tahun pertama kitaorang x nah dating,
xnah jumpa, pelik tapi benar... hurmmm pnjg kalau nak cite,
tapi masuk tahun ke 5 kitaorang clash,
kenape?? xde jodohlah kot.. huhu

Di UKM, ade 3 lelaki pernah singgah dalam hidup fiyda,
2 orang dari 3 nie official kapel,sorang tak kapel... 
Yang kedua fiyda kapel, fiyda tinggal dia,
sebab die selalu cakap kami tak serasi, so nape nak teruskan lagikan,
Fiyda tggal di bukan sesuka hati, fiyda Istikarah minta petunjuk then buat keputusan,
Si fiyda tekad dengan keputusan tu... huhu
antara 3 nie,yang last paling bagi kesan dalam hidup fiyda,
Buat fiyda hati nie tertutup buat manusia bernama lelaki, huhu
luka dihati ini hanya tuhan yang tahu.. T__T

Sekarang, semua hanyalah kawan-kawan sahaja,
ramai yang nasihat suh fiyda cari pengganti,
kate diorang jodoh tue memang dah tertulis,
tapi sama macam rezeki kena cari... huhu
Masalahnyer fiyda tak bersedia lagi tuk letak mana2x laki dalam hati nie,
tak mau terluka lagi, huhuhu
fiyda tunggu laki cam dalam lagu babak cinta - tengku aidil, hehehe
Biarlah manusia bernama jodoh tue datang sendiri,
Fiyda tak memilih, lau ada yang dapat buka hati nie,
InsyaAllah fiyda time jea.. ^__^


 
nak hubby yg romantik cam nie... hehehe

xoxoxo





13 December 2012

Tiap sesuatu ,ada Penyakitnya..

Assalamualaikum,
Petang nie fiyda nak kongsi tentang Wasiat Nabi kepada Saidina Ali,
fiyda copy kat fb jea.
Penyakit berkata-kata adalah bohong 
 
Kalaulah tiap kali menipu hidung akan panjang macam pinocchio
mesti xde yg nak meniupukan..

Penyakit ilmu adalah lupa 
 
Penyakit ibadah adalah riak .
Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri 
Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian
Penyakit bangsawan adalah merasa bangga 
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah menonjolkan diri 
 Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan 
 
Penyakit agama adalah hawa nafsu
 
  xoxoxoxox

12 December 2012

Random 12.12.12

Assalamualaikum,

01:21 a.m mesti ramai yang dah tido kan?
fiyda jea still x tido,mata bulat segar jea lagi,
lately selalu tido lambat.. huhu
roomate fiyda kul 10 dah tido, nie tengah dengar die berdengkurlah nie.. hehehe

12.12.12
Tarikh cantik, mesti ramai yang kawen sok kan?
untunglah, dah kawen..
anyway selamat Pengantin Baru ler 
pada yang bakal berumah tangga esok..

Tetibe teringat 11.11.11
Hurmmm, kesilapan paling besar dalam hidup nie,
Membuat pilihan antara 2 pilihan tapi pilihan yang ke 3 aku pilih, huhu
Tersalah tafsir dan tersilap percaturan,
Tapi tak semua nie perjalanan yang sudah diaturkan,
Meskipun pedih dan perit mesti ade hikmahnya kan,
dan yang pasti semua tu lebih buat fiyda kenal erti kehidupan..
Alhamdulillah terima kasih Allah..


Hari nie genap seminggu fiyda kerja,
kerja biase2x jea tapi tak kisahlah kan asalkan halal,
then so far fiyda enjoy dengan kerja nie,
tak stress then banyak belajar menda baru,
kerja nie buat fiyda rase seolah fiyda sedang praktikal 
tuk tubuhkan company sendiri,
In Shaa Allah, satu hari nanti di Terengganu,
Untuk ekonomi Terengganu dan tuk income anak Terengganu,
Ameen!

Next sal pasangan hidup/kapel/kawen..
Lately sejak single then sejak dah konvo,
soklan klise orang selalu tanya " Bila nak kawen?"
Adoyai umo 23 memang umo tuk kawen k?
fiyda tengok ramai jea lagi member2x tak kawen relaks jea, huhu
actually kekadang fiyda rase fiyda nie baru umo 17, hehehe
cam budak2x lagi so xnak kawen lagi.. hehehe
Sal kapel or bercinta lak,
fiyda bukan memilih tapi xde lagi kaum adam yang dapat buka hati ni,
cari diorang?? tak maulah ambe cari mencari nie,
kalau ade, adelah nantikan.. huhu

Next celebrate bufday My Gf,

 

Kitaorang celebrate berdua jea,
sweet x kitaorang?
sweetkan, sweet sesangat.. hehehe
Btw cheesecake lam gambar tue sedap sgt tau,
lagi sedap dari yang kat screat resepi..
nak tahu fiyda beli mana sila request dkat komen.., hehehe

Next Housemate yang saiko, huhu
Lately fiyda memang sakit hati giler dengan kakak housemte fiyda nie,
macam2x hal die nie tau,
dahlah bulan lepas die buat hal set dabel date dengan laki umah depan nie,
padahal dah berpuluh kali fiyda cakap fiyda xnak kuar dengan laki,
tapi dia buat jgak menda yang fiyda tak suka,
Fiyda lari sesorang p Mid Valley semata2x tak nak ikot die kuar dengan laki semua tu,
Dah lah time tue fiyda demam kot, huhuhu
sekarang die buathal sal sewa umah lak,
eee, sakit hati sgt2x dengar die nie,
nauzubillah, janganlah fiyda jadi cam die nie.. huhu

Hurmmm....
macam2x menda fiyda dah citer pagi niekan,
yealah sebab randomkan,
so sebab tu campur2x citer,
banyak lagi nak citer sebnarnya,
tapi dah ngantuklah.. nak tito dah..


Pssst : nanti fiyda citer sal meow fiyda  & zaman kanak2x fiyda erk!

Bye/

xoxoxoxox



10 December 2012

Hurmmm...

Assalamualaikum,

Hi semua...

Arini just nak tulis simple jea,
xnak cakap bnyak2x...
Biar gambar2x kat bawah yg berbicara.. hehehe :p

 
 Tiz Zaqyah

 
Farah Diana

   
Almy Nadia

 

Me!!

Agak2x lah,
ape yang fiyd nak cite sebenarnya?
cer teka... hehehe

xoxoxoxx


07 December 2012

I'm not unemployed anymore

Assalamualaikum,
Salam jumaat semua..

Hi guys!
So I have big news 
I got a job! I officially found out on Tuesday.
 I’m obviously still training and learning my new position, 
but I can tell that once I’m used to it, I’m going to love it.
I’m still getting used to my new routine and I haven’t run for a few days
.................................................................
 
Tetibe update blog in english (oh my english) hahaha
Setelah lebih kurang 2 minggu x update blog,
i dah rase alamak, nape xde idea nak menulis nie,
jari jemari laju mahu menaip, idea bnyak tapi dah tak pndai nak menyusun ayat,
oh tidak!! huhu
 
Anyway, hari nie bufday my beloved fren, Soly..
Alah soly yang fiyda cite dalam entri girlfrendsku yang awesome aritu..

 
 
Hepy bufday my dear,
Lov u so much!!

Oklah bye guys,
 
 
xoxooxoxox
Publish!