31 October 2010

Renungan sejenak



Life is test,

Islam is best,

Solat is must,

Akhirat is rest,

If Quran in chest,

Nothing need next,

Obey Allah first, Success will be next.


30 October 2010

Exams Kalkulus

hari nie selesai sudah paper yg ke-3..
Alhamdulillah seronok sangat exams hari nie,
sebab fiyda rase fiyda dapat jawab sampai tak cukup masa & paper..
hohohoho



LOVE
U
  



Tak boleh hapy2x sangat,
takot nanti result hancur....
tapi harap2x oklah...

29 October 2010

KELAKARNYA SUAMI AKU NIH....

entri nie fiyda copy dari FB..
seronok baca sebab ceritanya sweet sangat... 

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

 Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

            Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
            Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

            Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

            Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi


*sweetkan??? bestnya kalo dapat hubby camnie..


28 October 2010

Buat insan yang bergelar kawan

Jika semalam entri khas untuk adik tersyg,
hari ni entri khas buat sahabat tersayang..
NORAFIKAH HASBULLAH..


Pertamanya sya nak mintak maaf banyak2 kat awak,
yealah mana tau selama kita berkawan saya ada skitkan hati awak..
pasal malam kita nak bertolak ke Sibu tu,
sya memang kecik hati ngan awak, 
sebab kalau dulu sebelum awak kenal sidia,
awk selalu kemana2x dengan saya,
tapi malam tu awak tinggal saya sedangkan awak yg ajak saya,
sya rasa macam awak dah buang sya, huhuhu
sedangkan bila saya dengan acik sya tak nah luper awak,
MAAF erk sebab sya emosi lebih malam tu,
Tapi sya merajuk kejap jea...
MySpace

Awak tinggal lagi lebih kurang 2 minggu jea lagi kita kat UKM nie,
sem depan awak dah nak pergi seberang tinggalkan saya,
tinggal sya sorang2x lagi..
MySpace
Hilang sudah teman saya untuk makan,
saya suka kuar makan ngan awak, 
sebab kalo saya tak habis awak leh habiskan,
awak sama cam acik..

Hilang sudah teman saya untuk swimming kat danau,
mungkin tulah kali pertama & terakhir.. 

hilang juga teman untuk karok,
sya ingat lagi aritu,
kita malu2x nak nyanyi.. heheehe

hilang teman untuk masuk silat.. huhuhu
awak tak de sya mungkin tak masuk silat kot,

dah takde teman nak makan char kueh teow kat BBB lg.
(ok, nie bukan char kueh teow kat BBB)
awak seumur hidup saya awklah orang yang ajar sya makan char kueh teow,
smpai kita sama2x ketagih nak makan lagi.

Sebagai seorang kawan berat sangat hati saya nak bagi awak g sana,
lebih2x lagi selalu jea ade berita tak elok yg kita dengar dari sana,
Gempa Bumilah, stunamilah, gunung berapilah, penunjuk perasaanlah..
hanya tuhan yang tahu risaunya saya,
tapi apakan daya siapalah sya untuk halang awak,
risau2x saya riasu lagi mak & ayah awak kan,
lagipun awak pergi sana untuk masa depan awak,
awak, sya sentiasa doakan yang baik-baik untuk awak..

Kenangan kita











Dan saya akan selalu rindukan ini





 Pesanan saya :
- Jangan bagi orang buli awak lagi, tak suka dengar awak nangis
- Jaga diri elok2x kat tempat orang
- Belajar rajin2x kat sana
- Jangan mudah percayakan orang, sentiasa beringat
-Jangan luperkan saya yer, ingat Bff 4ever..
( nanti saya pesan lagi, hehehhe)

Setakat nie sajelah cerita saya, maaflah kalo ade terkurang terlebih,
yang pasti saya nak awak tahu saya SAYANG awak,
awak jangan susah hati kalo orang lain tak nak kawan dengan awak,
sya tetap akan kawan dengan awak selamanya..
Maaf juga kalo sya bukan kawan yg baik untuk awak &
terima kasih banyak2x kerana sudi menjadi kawan saya..
jangan sedeh2x, tie sya hantar awak kat airport.. 
assalamualaikum...


27 October 2010

Cantiknya lelaki & gagahnya Wanita

Dimana kecantikan seorang lelaki??

kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.


2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.


4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. 

Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.


3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.



* gambar sekadar hiasan semata2x..

26 October 2010

26 Oktober 2010

Ini adalah entri khas sempena bufday adik fiyda


fiyda ingat lagi masa dia dilahirkan dulu
masa tu fiyda masih kecik
dia kecik sangat tak mcam adk2x yg lain
tapi bila dah besar dia yang paling tinggi..
oh yea, nama dia Nur Sabila Husna...


"SWEET 18"
Bila kak sentiasa doakan yang terbaik untun adik2x kak,
Kak doakan semoga Allah pnjangkan umurmu,
murahkan rezekimu,
semoga kamu sentiasa sihat,
semoga kamu mendapat pasangan baik yang akan menyayangi kamu,
dan kak nak kamu tahu
kak sentiasa sayangkan kamu..


nota kaki :  hmm, nak bagi hadiah per erk kat dia...



25 October 2010

Musim Exam Dah Datang...

Harini fiyda dah start final exams untuk semester 3 tahun 2..
soklan exam pagi tadi boleh tahanlah susahnya,
mungkin soalan tu senang tapi ilmu didada nie yang tak cukup.. 

Disebabkan musim exams so study kena lebey..


Tapi....
times2x exams nie cuaca asyik


so sistem badan mulalah bertindak balas


kepala pun dah takde ingat lain dah,
ingat nak tido jea...


heheheh, seronoknya dapat tido,
tapi hari rabu nie ade exams lagi.. huhuhu
kenalah study & lupakan tido...


hahhaha... GOOD LUCK KAWAN2x....



Perhimpunan UMNO vs Shopping

Hari khamis lepas 21hb, 
adik fiyda iya2x jea msg ckap nak amik fiyda,
siap suruh pakai baju kurung sebab abah nak ajak g dekat perhimpunana UMNO,
fiyda nie jenis tak suka sangat politik,
tapi fiyda ikotkan jea sebab fiyda fikir leh fiyda tgok gelagat orang2x kat sana,
tapi lepas abah ambik fiyda kat UKM kitaorang tak pergi pun kat sana,
tapi kitaorang balik Hotel Melia, di Bukit Bintang,
Hotel tu betol2x depan TImes Squre,
Dan belakangnya ada Lowyat & Sungei Wang.
Fiyda pe lagi ajaklah adik2x jejalan2x kat dalam tu,
dan malam tu fiyda tengok movie di Times SQure
dengan adik2x, mama & my lover, Mohd Firdaus.
dapat diorang kenal2x..

                      
     

Ok, ceriter nie memang best sangat & memang berbaloi kitaorang tgok..
semua orang lam cinema tergelak kowt tengok gelagat cat farish..
farid kamil hensem sgt lam citer nie.. (^_^)




Inilah kisahnya, sebenarnya tak pergi pun berhimpun,
tetapi jejalan & shopping jea yg lebih...
oh yea ini adalah my stepmother..



Orang Laos, mse dia pakai baju nie mase kitorg p KLCC.
adalah sorang makcik tue bkenan ngan baju nie,
lantas die ambik pic ngan my stepmother..
bangga sat sebagai rakyat malaysia,
bila warga asing suka baju kebangsaan kita.

Barang-barang yg fiyda sempat shopping.



3 barang nie jea yang fiyda sempat shopping + 1 handbag untuk
mak tercinta dirumah..
dalam masa 3 hari 2 malam beratus jugaklah fiyda habiskan duit abah,
tu baru fiyda jea, adik yg 2 orang lagi tu pun banyak gak,
adik yg laki tu shopping mengalahkan kitaorang yg pompuan nie,
cukup lengkap dari hujung kaki sampai kepala.
xperlah bukan selalu pun dapat shopping camnie...


kesimpulannya : 
ne der p perhimpunan UMNO, kitaorang shopping jealah.. hehehe
mak cik2x yg p perhimpunan tu pun berguni2x shopping fiyda tengok.. :)





23 October 2010

15 ANUGERAH ALLAH PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI.





1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.




2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”


7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.” 


9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).


15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.




Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
An Nisa 1


entri ini diambil disini..

20 October 2010

Fruit Jelly


macam menarik jea...
nanti balik cuti nak cuba buatlah...
kalo fiyda buat tie insyallah fiyda upload gambar hasilnya..
buat teman2x yang nak cuba 
boleh amik linknya disini.

Kajian bulan kelahiran mengikut Dato' Dr Fazilah Kamsah

Sifat Bulan Lahir untuk bulan Mei ialah: 


[][] Keras hati & degil. 



fiyda says : 
hahahha, btollah tu fiyda nie jenis keras hati & degil..
                                          tapi mase mak ckap fiyda anak yang baik tak taulah degil yg mcamna tu.


[][] Kuat semangat & bermotivasi tinggi. 


fiyda says : 
part yang kuat semangat tu btol, 
tapi part yg bermotivasi tu.. xpasti ler..



[][] Pemikiran yang tajam. 


fiyda says :
ckit2x kot, huhuhu


[][] Mudah marah apabila tidak dikawal. 


fiyda says :
sila baca elok2x kenyataan diatas mudah marah apabila tidak terkawal,
so bukan selalu marah, bila tak terkawal baru marah.. :)

[][] Pandai menarik hati & perhatian orang lain . 


fiyda says :
tak taulah, mungkin kot.. nie kena tanya kawan2x fiydalah...



[][] Perasaan yang amat mendalam. 


kata fiyda :
yup fiyda memang ada perasaan yang mendalam,
sekali fiyda sayang seseorang tu selamanya fiyda akan sayang
& fiyda sayang semua orang yang sayang fiyda.


[][] Cantik dari segi mental & fizikal. 

Kata fiyda :
maksudnya cantik luar & dalamlah kan...
siapalah fiyda untuk menilai diri sendiri..


[][] Tidak perlu dimotivasikan. 

Kata fiyda :
ye ke?? tapi kadang2x fiyda perlukan nasihat daripada orang lain jgak..

[][] Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. 


Kata fiyda :
eh, betollah..


[][] Mudah dipujuk. 


Kata fiyda  :
so, jangan susah hati kalo fiyda merajuk sebab fiyda merajuk jap jea..
tapi kenalah pandai pujuk tau!!

[][] Bersikap sistematik (otak kiri). 

Fiyda says:
fiyda memamang lebih kepada otak kiri sebab fiyda suka matematik & muzik..
nie ada fakta tentang otak kiri dan kanan.


[][] Suka berangan. 


Kata fiyda :
alah, apa salahnya sesekali berangan... heheheh

[][] Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. 
Kata fiyda :
sometimeslah, bila dengan orang yang fiyda rapat.


[][] Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. 


Fiyda says :
a'ahlah, selalu tumbuh jerawat kat leher ngan telinga..



[][] Daya khayalan yang tinggi. 


fiyda says:
uuu... bahaya kot..


[][] Pandai berdebat. 


fiyda says :
tak penah pun masuk pertandingan... :)

[][] Fizikal yang baik. 


fiyda says :
syukur atas ciptaan tuhan.

[][] Kelemahan sistem pernafasan. 


Fiyda says :
setakat nie tak penah sakit yang kritikal lagi..

[][] Suka sastera, seni & muzik serta melancong. 


Fiyda says :
yeaahh, i love satera, muzik & melancong..
kalo nak p melancong ajaklah fiyda erk...


[][] Tidak berapa suka duduk di rumah. 


Kata fiyda :
dah nama pun suka melancong, mmglah tak suka duk umah..
boring kot asyik duk umah..

[][] Tidak boleh duduk diam. 

fiyda says :
itulah saya, kalo org suka perhati saya mmg akan tahu...

[][] Tidak punya ramai anak. 


fiyda kata :
Tak naklah anak ramai2x, cukuplah 3 atau 5 orang jea.. :)


[][] Rajin dan bersemangat tinggi. 


Kata fiyda :
hahhaha, ye ke i nie rajin.. no komen.. :)

[][] Agak boros. 


Kata fiyda :
boros k?? alah boros sesekali takperlah, jgan selalu.. :)


*kredit pic untuk pak cik google..