29 August 2010

JAKIM & STATUS HALAL

assalamualaikum hari ni 18 ramadan,

Entri nie fiyda copy & paste dari FB,
fiyda rase as umat islam kita perlu tahu semua nie..
sebab ustazah fiyda pernah cakap apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita,
jika kita makan makanan yg tidak halal kemungkinan besar amalan kita tidak diterima
waallahualam... hanya tuhan nlebih mengetahui...

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe
Restoran berikut t elah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran
Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .
4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.
5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.
6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .
9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.
10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

 

dua nie antara yang tdak pernah mendapat sijil halal.

MySpace
 hehehhe, tak payah nak susah nak pkir nak makan apa yang halal,


nie hah, sate PAK AYOB.. gerenti halal.. insyallah..
lepas nie jom ramai pakat order sate pak yob yea... ^__^
MySpace  



ok lah setakat nie saja pasal nie...
mudah-mudahan hidup kita semua akan sentiasa diberkati allah... amin..

Surat suami & isteri..

surat nie sangat kelakar & menarik..
tapi maknanya sgat mendalam bagi fiyda..
entri nie fiyda copy & paste dri facebook sebab fiyda seronok baca
so fiyda kongsi kat sini... :)


dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke
kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin
ayang luahkan disini...
kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3
bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli
kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak
macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama
sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang






Dear Ayang,

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham
keta tu keta bos abang nnti kalau ilang siapa nak ganti..

ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..
abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam
doremon..ish xnak laa abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah
dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm..

bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..
nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma
jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan
apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun

jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu....

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang




Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang...
Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....



Bestkan cerita nie.. 

fiyda sebenarnya baru balik dari mcD ngan acik..
td kitaorg bce entri nie sma2x,
seronok & hepy sgat.. MySpace
thanks my dear...
k lah, selamat pagi....

assalamualaikum...

28 August 2010

Saling ingat mengingati...

Hanya Ingin Mengingatkan .....

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

ni entri fiyda dari blog yang dulu,
so fiyda saje pindahkan ke blog yg baru nie.. :)

18 ramadhan...

alhamdulillah,
syukur dngan rzeki yang tuhan kurniakan,
kami ( buah hati tersyang, ajih kaizen, abg krol & kak e serta adik2xnya)
dpat berbuka bersma2x lagi..MySpace

Puase tahun nie terase sangat bermakna,
w/pun pada minggu ke-2 berpose aku mendpat berita duka dari rumah,
dan tatkala tu aku terase down & terase sedih sgat,
sampaikan sometime aku rase seolah2x hanya jasad aku disini.. MySpace
tapi alhamdulillah, aku sekrang terase ok kembali,
sebab dicini ramai kawan2x yg sentiase buat aku gembira.

disebabkan aku dah tak nak aktif blog yg lama so, aku akan pindah ape yg ade kt blog sna kcini.
insyallah, kalo ade masa..

hmm, lperlak nak update sal exam aku tdi,
exam aku tadi totaly fail... huhuhu
susah sgat soalannya,
oklah maybe btl ckap acik soalan tak susah tapi
aku yg tak cukup persediaan.. huhuhu
MySpace

nanti final aku kna usaha lebih lagi,
aku harap sangat sem nie result aku 3 keatas,
tapi aku tak leh mgharap jeakan??
aku kna study lebih kuat lagi...
MySpace
yes perlu lebih lagi MySpace MySpace huhuhu
aku harap aku akan lebih rajin,
insyallah, aku boleh.. amin

ok lah setakat nielah dulu...
nanti kalo rajin fiyda conteng lag... daaa
assalamualaikum...

27 August 2010

Seorang diri....

Arini, jumaat bersamaan 17 ramadhan 
yg juga merupakan hari dimana al-quran diturunkan pada nabi muhammad s.a.w
juga dikenali sebagai hari nuzul quran...
selamat menyambut hari nuzul quran, 
mudah2xan ramai yg membaca surah2x suci al-quran arini..

aku sebenarnya excited sangat sebab insan yg aku sayang ajak berbuka sama2x,
tapi saat aku nak bersiap mau keluar dengannya dia kol,
katenya die migrain,
aku xkisahpun tak jadi keluar, asalkan die chat..
aku tahu camner sakitnya migrain 
MySpace
disebabkan itulah aku mahu dia berehat.... 


oleh sebab itu, aku pun berbuka sorang2x makan maggie,
romateku yana berbuka di fak..
tatkala aku makan sorang, tetiba hati jadi sayu..
teringatkan mak, teringatkan kawan2x yg sentiase ambik berat pasal aku.. huhu
tanpa aku sedar airmata aku mengalir lagi... 

MySpace
tapi tak per lah mungkin nilah dugaan seoarang perantau... huhu

Tapi tadi tetiba jea sidia call, cakap dah sampai ukm...
aku ingatkan dia masih migrain rupa2xnya dah chat... alhamdulillah..
Hati yg rawan kembali berbunga..
Walaupun kitaorang kuar kejap jea tapi cukup bermakna buat aku..
Thanks my dear... MySpace

Dan sekarang aku nak sambung MySpace
esok pukul 2 ade exam... huhuhu

wish me luck esok yea..
MySpace
daaa, assalamualaikummm & selamat malam...

26 August 2010

Homesick.......

Dah 16 hari pose tapi aku masih xdpat balik..
orag lain semua dpat blik pose & berbuka dgan family,
Hanya aku yg tak balik... huhuhu MySpace

dalam hati nie hanya tuhan yg tau betapa aku memberontak nak blik..
Tapi bila mmikirkan exams aku tahankan keinginan aku...
minggu lpas aku tak blik sebab exams..
minggu nie pun ade exams lagi... huhuhu
sabarlah duhai hati, lagi 2 minggu jea lg.
then ko dapat blik jumpa mak & adik2x...

Tu lagi satu hal org lain blik awal tapi aku blik 6hb,
apelah nasib, dtinggalkan sorang2x dicni..
xperlah nie mgkin dugaan untuk aku dibulan yg pnuh barakah ni..
so, Sabar...

hmm, sabtu nie exams..
so aku pun ape lagi MySpace

hehehe, tapi xdelah smpai camtu sekali studynya..
cam nie jea aku study MySpace

hahhaha.. MySpace

k lah cukuplah aku merepek, esok2x lak sambung..
daa,assalamualaikum

25 August 2010

My new blog....

Assalamualaikum...
MySpace

nie blog baru fiyda, blog yg dulu luper kate laluan... huhuhu
xperlah, biarlah yg lama menjadi sejarah yea...
insyallah, lepas nie fiyda akan lebih rajin update blog nie..
sebab tak nak jadi cam aritu sampai luper nak log masuk camner... hehehhe

Alhamdulillah...
walaupun seminggu dua nie ada banyak dugaan,
tapi fiyda masih bleh bertahan sampi sekarang..
semoga allah sentiase beri fiyda kekuatan untuk meneruskan hidup
walaupun bermacam dugaan yg mendatang...

Semester baru nie, kehidupan fiyda disini lebih tenang tak mcam sem lepas,
kehidupan sem lepas tersangatlah huru-hara dek kerana insan bernama LELAKI..
xperlah, biarlah semua tue menjadi kenangan & pengajaran buat fiyda...
Fiyda syukur sangat sebab sem nie ade insan yg sudi buat fiyda senyum..
dan die buat fiyda rase fiyda sangat dihargai...
thanks buat sidia yang selalu disisi fiyda... ^_^

rasenya cukuplah setakat nie untuk pengenalan nie,
sekarg jam dah menunjukkan 12:25 am,
fiyda kena tdur nanti tak bgun sahur pagi sok...
MySpace
selamat malam & sweet dream...
MySpace